17 February 2011

Kesedaran Talasemia


"Talasemia adalah penyakit darah keturunan. 1 dalam 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Anda mungkin salah seorang daripada mereka."


Bulan lepas berkesempatan menjalani ujian saringan darah talasemia di Pusanika, UKM. Hanya terhad kepada 100 orang sahaja yang berpeluang buat ujian ni. Setelah 2 minggu lebih menunggu keputusan, alhamdulillah keputusan ujian darah adalah NORMAL :)


Actually, saya kurang arif pasal Talasemia ni. Bila diberi peluang buat ujian saringan, dapatlah mengetahui serba sedikit pasal penyakit genetik ni.


Soalan-soalan lazim mengenai Talasemia

1. Apakah penyakit talasemia?
Talasemia adalah sejenis penyakit darah yang berketurunan. Ia boleh diwarisi daripada ibubapa kepada anak. Ia melibatkan kedua2 jantina lelaki dan perempuan.

2. Apakah yang dimaksudkan pembawa talasemia?
Seorang pembawa telah mewarisi satu gen normal dan satu gen talasemia. Gen talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin, atau hanya boleh menghasilkan jumlah hemoglobin yg sedikit. So, pembawa talasemia mempunyai jumlah hemoglobin yg kurang dlm setiap sel darah merah dan sel darah merah mereka kelihatan lebih kecil dari biasa. Pembawa talasemia sebenarnya sihat dan normal. Pembawa hanya boleh dikesan melalui ujian saringan talasemia.

3. Apakah peratusan risiko utk mendapatkan seorang anak yang mengidap penyakit talasemia?
Sekiranya kedua-dua ibu bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku:
- 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit talasemia
- 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
-25% kemungkinan anak mereka adalah normal

4. Apakah tanda dan gejala pesakit talasemia?
Semasa lahir, bayi kelihatan normal. Semasa usia antara 3-18 bulan, bayi tersebut mula menunjukkan tanda2 anemia (kelihatan pucat). Semakin anak membesar, keadaan pucat ini menjadi makin ketara, iaitu anak sentiasa lemah dan resah. Anemia yg serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Tanpa rawatan yg sempurna, pesakit mengalami tanda dan gejala berikut:
-perut membesar disebabkan pembengkakan hati dan limpa
-tumbesaran terbantut
-perubahan bentuk tulang muka, pipi dan rahang yg tidak normal
-jaundis (kelihatan 'kuning' pd bahagian putih mata)


Kalau nak tahu lebih detail lagi pasal Talasemia sila singgah sini




LOVES.




4 comments:

  1. family kiter ade yg sakit talasemia

    ReplyDelete
  2. thank for info....tak pernah lagi pergi cek...tapi tanda2 semua tak ada...insya allah, normal rasanya....



    New Entry: Hari yang membosankan

    ReplyDelete
  3. saya saran semua org patut buat saringan wpun xde tanda2nya...sy adalah pesakit thalas dan juga pengerusi kelab talasemia hospital ampang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...