14 May 2011

Semakin Hari Semakin Teruja


Alhamdulillah kerana permohonan GSTT saya diluluskan. It means, sekaramg saya sudah bergelar guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Kuala Terengganu. What I can say is teaching at primary school sangat memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Fuh. First time dapat peluang mengajar budak sekolah rendah. It's very different with the secondary school. New situation, new environment, new experience for me :)

First day, my class control hancuss!! Memang agak sukar nak control diorang ni. Macam-macam perangai dan ragam. Serius penat dengan kerenah diorang. Tapi, semakin lama semakin serasi semakin teruja hendak mengajar mereka. Now, they called me "teacher bintang". Hehe. Why? I'll story it later. 

Ada satu perkara lagi yang buat saya teruja. Kalau dulu banyak mendapat undangan perkahwinan daripada saudara-mara. But now, my schoolmates sudah mengedar kad jemputan kahwin masing-masing. Tahniah kawan-kawanku. Insya Allah saya akan menghadirkan diri untuk memeriahkan hari bahagia kamu semua :)


"If you are doing your best, you wont have anytime to worry about failure".


LOVES.





08 May 2011

Resepi Macaroons


Dulu, sangat teruja sebab berjaya belajar buat cupcakes. Alhamdulillah menjadi jugak walaupun decoration tak berapa cantik. Hehe. Takpe. Janji rasenya sedappp!

Sekarang, hati memberontak nak belajar buat biskut comel yang berwarna-warni nih. Ada yang mengatakan sangat payah dan cerewet nak buat macaroons. Sebab tu lah harganya hampir RM2 sebiji. 


Itu dia macaroons. Macam-macam warna dan rase. Oh, alangkah senangnya hati jika berjaya menghasilkan macaroons. Insya Allah. Sekarang mood tengah rajin menjenguk blog dan youtube. Itulah guru yang akan membantu saya nanti. Kena study resepi dan steps terlebih dahulu. Itu yang penting. Agak rumit jugak langkahnya. Sesiapa yang pernah cuba buat macaroons, share your experience with me. I'm really appreciate it :)


LOVES.



03 May 2011

Still A Student?


Last month, i just finished my final exam for last semester. And, today is already 3rd May 2011. Huh, time flies really fast. Why? Unofficially, I've completed 4 years of my study at UKM. Who say that Tesl is an easy course? It's a hard one. Seriously, it's not easy. Alhamdulillah. I took it as a challenge to finish my study here. Although it's very hard, I tried my best. Oh ya, Inysa Allah my convocation will be the end of September.

And now, here I am. The place that belongs to me. Home sweet home. Eat, sleep, online, watching tv/movies- my new activities for now. Hehe. Can you imagine my daily routine? Or I would like to say it's like a 'penggangur' (unemployed). Oh, no. I hope it's temporary for this time. Last week, I applied Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT). I wish. I hope. Pray for me :)

Actually, I still in the shocked mode. Yes, I am. Someone came to my place. I never know who you are. And suddenly you ask me for serious thing. It's too much. Sorry because I can't accept it. Sorry to everyone who hope I'll be with you. I know maybe have some of you felt disappointed with my decision. But, i have to. I've my dream. So, I'll follow my heart. Okey, forget about it. Thank you very much who always with me and support me. Love you guys :)



I bought this book at Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF). How's the story? Oh, damn. Sorry. I still reading, reading and reading this book. So, I can't share about the story. Hehe. Wait till I finish my reading.


You deserve to be with somebody who makes you happy. Somebody who won't complicate your life. Somebody who won't hurt you.  




LOVES.




Thanks Support Me




A friend is a person you can trust, who won't turn away from you. A friend will be there when you need someone, and will come to you when they need help.



LOVES.





01 May 2011

Tak Pernah Bertemu Dengan Orang Yang Salah




Setiap insan yang kita temui,pasti memberikan seribu makna kepada kita. Yang pasti, kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah. Tanpa kita sedari, insan yang 'salah' itu sebenarnya banyak mengajar kita akan kekurangan diri kita sendiri.  

Itu yang pasti. Memang benar. Realiti dalam kehidupan.


Singgah ke sini untuk lebih jelas :)


LOVES.




15 March 2011

hikayat merong mahawangsa



"Sampai masa tibanya waktu,

Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad menjadi satu,
Hidup mati jadi bersama".


Korang familiar dengan kata2 di atas? Kalau yang dah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) mesti tahu dialog tu. Yes, it's from HMM. Dialog dalam filem ni best jugak sebab ada bahasa kiasan. Lain dari yang lain.


Ada satu part yang touching, time Embok wish selamat tinggal kat Merong. Huhu. Tak ingat dialog camne. Kalau korang seseorang yang memang sensitif, gerenti sedih or nangis ;p
Watak Kamawas sangat sangat menakutkan. Takleh dibayangkan kalau betul2 jumpe orang macam tu.

Scene diorang gaduh2 memang memberi kesan. Gaduh sana sini plus darah-darah lagi.Ohh..tragis. Satu yang memang obvious giler nampak ialah pelakon tambahan untuk scene pergaduhan ade yang kurus, berisi dan buncit. Tak sesuai la. Huhu. Lawak pun ade. Tapi, pape pun filem epik ni sangat best sebab first time tengok filem epik Malaysia macam ni. Nice one. You must watch it :)

Enough the simple review for HMM.


"Before you talk, listen. Before you write, think. Before you judge, see"




LOVES.




17 February 2011

Kesedaran Talasemia


"Talasemia adalah penyakit darah keturunan. 1 dalam 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Anda mungkin salah seorang daripada mereka."


Bulan lepas berkesempatan menjalani ujian saringan darah talasemia di Pusanika, UKM. Hanya terhad kepada 100 orang sahaja yang berpeluang buat ujian ni. Setelah 2 minggu lebih menunggu keputusan, alhamdulillah keputusan ujian darah adalah NORMAL :)


Actually, saya kurang arif pasal Talasemia ni. Bila diberi peluang buat ujian saringan, dapatlah mengetahui serba sedikit pasal penyakit genetik ni.


Soalan-soalan lazim mengenai Talasemia

1. Apakah penyakit talasemia?
Talasemia adalah sejenis penyakit darah yang berketurunan. Ia boleh diwarisi daripada ibubapa kepada anak. Ia melibatkan kedua2 jantina lelaki dan perempuan.

2. Apakah yang dimaksudkan pembawa talasemia?
Seorang pembawa telah mewarisi satu gen normal dan satu gen talasemia. Gen talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin, atau hanya boleh menghasilkan jumlah hemoglobin yg sedikit. So, pembawa talasemia mempunyai jumlah hemoglobin yg kurang dlm setiap sel darah merah dan sel darah merah mereka kelihatan lebih kecil dari biasa. Pembawa talasemia sebenarnya sihat dan normal. Pembawa hanya boleh dikesan melalui ujian saringan talasemia.

3. Apakah peratusan risiko utk mendapatkan seorang anak yang mengidap penyakit talasemia?
Sekiranya kedua-dua ibu bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku:
- 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit talasemia
- 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
-25% kemungkinan anak mereka adalah normal

4. Apakah tanda dan gejala pesakit talasemia?
Semasa lahir, bayi kelihatan normal. Semasa usia antara 3-18 bulan, bayi tersebut mula menunjukkan tanda2 anemia (kelihatan pucat). Semakin anak membesar, keadaan pucat ini menjadi makin ketara, iaitu anak sentiasa lemah dan resah. Anemia yg serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Tanpa rawatan yg sempurna, pesakit mengalami tanda dan gejala berikut:
-perut membesar disebabkan pembengkakan hati dan limpa
-tumbesaran terbantut
-perubahan bentuk tulang muka, pipi dan rahang yg tidak normal
-jaundis (kelihatan 'kuning' pd bahagian putih mata)


Kalau nak tahu lebih detail lagi pasal Talasemia sila singgah sini




LOVES.




10 February 2011

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??


1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.


5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 ptg : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)


Senang kan?


Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).



Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.


Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.


Sekejap.Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?


Mana ada! Semua nak salahkan cikgu.Maka, cikgu mestilah kena komited.


Konsep yang sama.Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)


3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.


Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.


Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.


Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......" Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?


Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.


4. Terapi melepaskan tekanan.


Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan. Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan? Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?


Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.


Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?


Pukul budak-budak di sekolah?Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.


5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.


Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.


Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)


6. Penampilan.


Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa. Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?


Masuk kelas itu, budak-budak tengok. Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!


Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?



Sumber : Facebook




LOVES.




09 February 2011

Toy Museum Penang


Selama ni serius tak tahu langsung kewujudan Toy Museum, Penang. Minggu lepas berpeluang ke sana. Lebih 100 000 watak kartun yang pelbagai jenis ada dipamerkan di sini. Antaranya, Anime toys, Doraemon, Cinderella, Shrek, Mr. Bean, Dragon Ball, Spiderman, Ninja Turtles dan banyak lagi. Tak dapat nak senaraikan sebab terlalu banyak kartun yang ada dalam muzium ni.


The entrance fee for adult RM10. For children RM6. Agak berbaloi la dengan entrance fee tu sebab dapat ambik gambar kat dalam muzium tu. Muzium ni kecik je. Taklah besar sangat. Tapi, walaupun kecik ianya sarat dengan macam-macam jenis toys. Korang sebut je apa sahaja kartun yang korang minat, gerenti ada. Tapi, kartun Upin Ipin takde lagi :P

Toy Museum ni memang 'mesra pengunjung'. Ada kerusi yang disediakan untuk pengunjung. Toilet pun ada disediakan. Design yang unik :)



Snow White

Garfield

Sailormoon



LOVES.





26 January 2011

Thank You Allah



Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope


Masih terngiang-ngiang nasihat dan pesanan dari seseorang yang berpengalaman dalam hidup. Pagi tadi berjumpa dengan beliau untuk berbincang mengenai draft assignment yang kami telah siapkan. Sedang khusyuk berbincang, beliau memberi beberapa selingan dan pesanan kepada kami dan membuatku terpikir sesuatu. Antara pesanan yang disampaikan :


"Apakah keistimewaan kamu kepada Allah? Kamu ada jawapannya?"

"Ilmu fardhu ain adalah ilmu utama dalam kehidupan kita"

"Kalau orang berbuat jahat dan dengki kepada kita, biarkan mereka. Tugas kita hanyalah memaafkan mereka dan Allah akan membalas perbuatan mereka itu. Tak perlulah kita membalas kejahatan kepada mereka".



p/s : try tengok kat you tube video The Arrivals.




LOVES.






01 January 2011

2011


Happy New Year
May you all have a blessed 2011



LOVES.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...