15 December 2010

taksuke berkasut tumit tinggi


agak-agak kasut ni berapa inci?

Seingatku sekali je pernah pakai kasut tumit tinggi. Tu pun mampu pakai sejam dua je. Tak mampu nak pakai kasut tumit tinggi lama-lama nih. Tak selesa nak ber'high heels'. Tambah-tambah lagi yang berinci-inci tu. Nak jalan pun kena control. Kena seimbangkan badan lagi. Kalau orang yang dah biasa dengan high heels nih, memanglah takde masalah bagi diorang. But, not for me :)


nice colour

Perempuan yang memakai kasut tumit tinggi memanglah kalo kita tengok nampak bergaya dan elegan. Tetapi sebenarnya ianya akan merosakkan kulit secara perlahan-lahan tanpa kita sedari.

Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan kasut tumit tinggi sekurang-kurangnya 3cm akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 %.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakitbatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit. Bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan tersebut telah menyarankan wanita supaya memakai kasut tumit tinggi tidak melebihi 3 jam secara berterusan.

klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Jadi, kawan-kawan perempuan sekalian, kalau nak berkasut tumit tinggi tu boleh je tapi janganlah secara berterusan. Kesihatan anda perlu dijaga jugak ye :)


Jom sama-sama cuci mata di sini.





LOVES.






5 comments:

  1. tol tuh. kakak ok je tak pakai heels. still nampak tinggi. pakai sandel bata je. hahaha

    ReplyDelete
  2. saya jarang berhighheel tp selalu berwedges..kalau slalu pakai wedges cane pulak??

    (^.^)

    ReplyDelete
  3. haha. ak ade 3 high heels tu pon x pakai.agak merugikan kalo beli and penat kalo pakai. lagi2 berbadan dua , eceh..berbadan besar... heheh

    last2 wedges je jdik pilihan.x penat..

    beli high heels untuk dinner@ raya je.skali pki. weweee

    ReplyDelete
  4. samalah..tak reti pakai heels..

    pakai wedges tak apa sebab tapak dia sama rata. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...