17 December 2010

sakit kepala sakit migrain


Doktor : Apa sakit awak?
Pesakit : Saya sakit kepala. Tapi, bukan pening kepala. Kepala saya berdenyut-denyut.


Doktor : Sakit kepala kat mana?

Pesakit : Kadang-kadang sebelah kepala. Tapi semalam sakit sangat satu kepala. Dah 3-4 hari sakit.


Doktor : Biasanya kalau sakit kepala awak buat apa?

Pesakit : Err..kadang-kadang makan panadol. Takpun sapu minyak cap kapak. Kadang-kadang saya layan je sakit kepala nih.


Doktor senyum sambil periksa tekanan darah.

Alhamdulillah tekanan darah okey. Risau jugak sebab sebelum ni tekanan darah rendah.


Doktor : Awak ada sakit migrain. Nanti makan ubat yang saya bagi.




Sakit migrain berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih.

Pesakit migrain mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan raya dalam cuaca panas terik.

Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan dan keletihan boleh menyebabkan migrain.

Datang bulan (period) selalu menjadi sebab utama migrain menyerang kaum wanita. Selalunya ia menyerang beberapa hari sebelum haid, atau ketika haid.


***Pening kepala amat berbeza dengan sakit migrain.




LOVES.





2 comments:

  1. kita rasa kita pon ade migrain .. hmm =,="

    ReplyDelete
  2. jangan biarkan mcm tu je.pergi jumpa doktor ye :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...