18 December 2010

kenapa kita menguap


Siapa tahu kenapa kita menguap selain daripada sebab mengantuk? Tapi, tak semestinya setiap kali menguap tanda mengantuk dan nak tidur kan. Ni lagi satu situasi yang saya tidak tahu apa jawapannya iaitu jika kita melihat orang lain menguap secara tak langsung kita pun menguap jugak.

korang menguap tak bila tengok gambar ni?


Dari segi Sains, menguap disebabkan kekurangan bekalan oksigen dalam otak. So, otak yang kurang oksigen akan menyebabkan badan kita rasa letih dan lesu. Memang ada logiknya. Sebab bila kita letih, kita mula rasa mengantuk dan selalu menguap. Sebenarnya menguap baik untuk otak. Otak yang cukup bekalan oksigen akan mudah berfikir. Korang ada kira tak jangka masa berapa saat korang menguap? Jom bereksperimen sekejap. Hehe. Menurut majalah Kosmik purata jangka masa seseorang menguap adalah 6 saat.

Kalau kita menguap, seeloknya dan secara sopannya tutuplah mulut. Saya paling tak suke tengok bila orang menguap, mulut tu terbuka luas-luas. Tak manis dan tak sopanlah macam tu. Dulu ustazah kat sekolah selalu pesan, kalau menguap tu hendaklah kita menutup mulut agar syaitan tak akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Allah suka kepada orang yang bersin dan tak suka kepada orang yang menguap. Jadi, apabila kita menguap tu janganlah sampai berbunyi "haaaa haaaa" kerana syaitan akan mentertawakan kamu apabila berbuat sedemikian.



***Membaca berkenaan menguap akan membuatkan kita menguap



LOVES.






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...