18 December 2010

Dulu Aku Nakal



Tertarik dengan segmen yang dibuat oleh Ben Ashaari ni. Sebenarnya segmen ni dah lama dah. Tapi, hari ni baru berpeluang godek-godek blog Ben Ashaari dan terjumpa entri tu. Macam best jugak segmen ni.


Nama sekolah rendah dan menengah termasuk tahun
  • Sekolah Rendah : SK Bukit Jejulong (1994), SK Kubang Ikan (1995-1999)
  • Sekolah Menengah : SMK Bandar (2000-2002), SM Teknik Terengganu (2003-2004), SMK Sultan Sulaiman (2005-2006)
Aktiviti ko-kurikulum
  • Sekolah Rendah : Bola Jaring
  • Sekolah Menengah : Kawad Kaki (Kadet Polis)
Jawatan yang disandang
  • Sekolah Rendah : Pustakawan
  • Sekolah Menengah : Penolong Kelas
Nama guru kesayangan
  • Sekolah Rendah : Pn. Rosnah Ismail (emak), Pn. Aniza
  • Sekolah Menengah : Pn. Rohani, Pn Latipah, Pn Halimah, En. Ismail Zaidi
Subjek paling disukai dan tak suka
  • Sekolah Rendah : English (suka), Sains (tak suka)
  • Sekolah Menengah : English (suka), Fizik (tak suka)
Kawan baik masa sekolah
  • Sekolah Rendah : Sayidah, Aini, Husna, Anis
  • Sekolah Menengah : Benny, Adah
Cita-cita masa sekolah dulu
  • Sekolah Rendah : Doktor
  • Sekolah Menengah : Pensyarah
Artis feveret masa sekolah dulu
  • Sekolah Rendah : Elite
  • Sekolah Menengah : Westlife
Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
  • Sekolah Rendah : Selalu digosipkan dengan seorang budak lelaki nih. Kalau buat apa, ke mana-mana dan apa-apa sahaja mesti akan dikaitankan dengan budak laki tuh dan kawan-kawan sekolah wajib sebut nama dia di depanku setiap hari.
  • Sekolah Menengah : Join kawad kaki sampai peringkat negeri-Kadet Polis. Best tau. Setiap kali hari Rabu wajib pakai uniform. So, bila ke kelas, kantin dan library mesti semua pandang. Setiap petang wajib ada latihan kawad. Tak kira panas atau hujan. Muka pun makin hari makin gelap. Itu bukan penghalang. Dah menjadi minat so semua masalah dilupakan :)
Jika dapat kembali ke zaman persekolahan, apakah yang ingin korang lakukan
  • Sekolah Rendah : Hendak 'lawan' gosip-gosip yang dilemparkan padaku. Hehe. Takpun pergi jumpa sendiri budak lelaki tu. Slow talk kenapa kawan-kawan gosipkan kitorang.
  • Sekolah Menengah : Hendak belajar betul-betul subjek berkaitan sains. Dulu masa sekolah tak berapa sangat minat sains. Huhu.
Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu (tak kurang 100 patah perkataan)
  • Sekolah Rendah : Tak ingat lah kenakalan waktu sekolah rendah. Sebab pendiam sangat time sekolah dulu.
  • Sekolah Menengah : Datang lambat ke latihan kadet polis. Pergi makan kat kedai dengan kawan-kawan sampai lupa tengok jam pukul berapa. Sampai je ke tempat latihan, terus didenda cium pokok, cium tiang.
Segmen ni best sebab dapat imbas kembali kenangan waktu persekolahan. I miss my schools, my friends, my teachers and the memories. Zaman persekolahan memang best!! Thanks kat blog Ben Ashaari sebab buat segmen ni.



LOVES.





3 comments:

  1. salam perkenalan..saya rozuan..jom singgah blog saya..

    ReplyDelete
  2. Naa...Heheheh...I know the guy yang selalu digosipkan masa sekolah rendah sampai Naa rela jadi lebih suka pada lembu. =p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...