26 November 2010

anak patung


Sejak duk kat rumah, lappyku leh dikatakan sentiasa ON. Time nak tido je baru OFF lappy ni. Apa taknya, wireless kat umah laju je. Online 24/7. Download movie je tapi tak tertengok2 movie yang dah siap download. Buat koleksi je. One more thing, si bongsu Atikah lagilah syok dapat main online games sampaikan berebut-rebut nak guna lappyku :P


Intai punya intai benda alah ni dia duk main sepanjang hari. Dari pagi sampailah ke malam. Taip sahaja Dress Up Games di Google search, pasti banyak online games terpapar kat skrin. Canggih betul zaman sekarang. Permainan ni hanya perlu klik pada pilihan pakaian, rambut, aksesori, beg dan kasut yang berkenan di hati. Simple sahaja mainan ni. Iyelah, mainan budak-budak kecik :)



Itu permainan zaman sekarang zaman teknologi. Tiba-tiba, rindu waktu zaman sekolah rendah. Selalu beli anak patung kertas di kedai. Cantik. Comel. Simple je permainan ni. Seronok bila dapat beli anak patung kertas then suai padankan dengan baju, dress, seluar, beg dan kasut. Kumpul anak patung kertas banyak-banyak sebab sukakan fesyen pakaiannya yang cantik!


Ada satu lagi suka jugak main anak patung ala-ala barbie. Rambut warna kuning keperangan dan mata berwarna biru dan lentik yang bergerak2. Satu benda yang saya suka buat masa dulu adalah cabutkan tangan, kaki dan kepala anak patung tu. Bila nak pasang balik mulalah gelabah. Hehe.




LOVES.




--> ada lagi ke jual anak patung kertas zaman sekarang ni?





1 comment:

  1. tak pernah jumpa lagi anak patung kertas sekarang. dulu selalu gak buat main :)

    btw, samalah. online 24/7 and then movie yang download simpan dalam hard drive tak tengok pun -_-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...