19 September 2010

:: dia itu masa lampau ::


patutlah apabila minta tolong buat tak tahu je.
berjanji tapi tinggal janji.
sudah mengenalinya bertahun-tahun.
faham sangat sikapnya itu.

dulu pernah bermimpi tentangnya.
kadang-kadang selalu tertanya-tanya "betul ke?"
terima kasih kepada MHH
kerana memberitahu perkara sebenar tentangnya.
rupa-rupanya mimpi itu seakan-akan betul.

sayang tak semestinya bersama.
cinta tak semestinya memiliki.
melihat dia bahagia sudah memadai.
tapi, itu dulu.

sekarang, tidak lagi.
kalau dia boleh bahagia atau mungkin terlebih bahagia,
kenapa saya tidak?



ada kenalan bertanyakan soalan di profile formspring saya

"kenapa kita ambil masa sehari untuk kenal seseorang, mengambil masa setahun untuk sayang seseorang, tapi mengambil masa yang lama untuk melupakan seseorang?"
jawapan saya adalah kerana KENANGAN.


maaf entry agak beremosi kali ni. jarang entry saya sebegini. saya tahu kawan-kawan sekeliling yang menjadi silent readers di blog ini. dan mungkin dia juga.



p/s : seorang teman bertanyakan adakah saya sanggup pergi ke majlis perkahwinannya kalau dijemput.




LOVES.







2 comments:

  1. bercinta pada yang sudi,
    berkasih pada yang ada,
    merindui pada yang memerlukan....

    ~mhh~

    ReplyDelete
  2. manusia selalu gagal untuk merancang tapi tidak pernah merancang untuk gagal.
    When there's past, there will be a future. Kita tidak boleh lari daripada kenangan masa silam tapi kita juga boleh menempuh kehidupan akan datang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...