05 August 2010

.Pesta Konvokesyen UKM.

Assalamualaikum everyone ;)

Post kali ni nak publisiti untuk Pesta Konvokesyen Ke-38 (PK38), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi atau lebih dikenali sebagai Pesta Konvo. Tapi, sebelum tu nak kongsi pengalaman dengan Pesta Konvo terlebih dahulu :D

Saya sudah bersama Pesta Konvo UKM selama 3 tahun. Semuanya bermula PK35 sebagai AJK Pelaksana Sekretariat Cenderamata. Time ni tak tau pape. Blur. Dengar je cakap Eksekutif Kar Mun. Banyak jugak belajar dari dia walaupun saya sebenarnya tak suke marketing dan amat cetek pasal cenderamata ni. Hehe. Waktu tu saya tak berapa kenal dengan senior. Amat tak paham apa itu Pesta Konvokesyen. Then, lama-lama cuba belajar, cuba paham, cuba selami akhirnya terpaham jugaklah apa itu tugas dan peranan Majlis Tertinggi, Eksekutif, AJK Dasar dan AJK Pelaksana.

Seterusnya untuk PK36 dilantik sebagai Eksekutif Sekretariat Cenderamata dan Penerbitan. Sangat terkejut okey kerana merasakan diri ini tidak begitu kuat untuk menjadi ketua. Huhu. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar atas bantuan senior dan rakan-rakan Eksekutif. Tahun tu banyak belajar tentang marketing, berurusan dengan pegawai dan orang luar, hadapi pelabagai kerenah dan ragam orang. Huhu. Thanks everyone! PK36 tahun yang sibuk bagi saya. Dan, tahun tu jugaklah sangat best! Semua Eksekutif time tu memang happening, sporting, selalu hang out ramai2, makan, bergambar dan gelak lawak tawa bersama-sama. Sehinggalah terkeluar nama ME stand for Majlis Eksekutif. Hehe. Ntah siapa yang create dat name pun saya dah lupa. Afiq kot.

Untuk Pk37, jadi Timbalan Pengarah Eksekutif (TPE). Banyak jugak belajar benda baru. Same things with PK36. Tahun ini, 2010 sudah menjadi mantan. Hanya mampu melihat dan memberi sokongan dari jauh. Kadang-kadang jenguk jugak Generasi PK38 dan support program mereka. Okey. Back to the main focus. Hehe. Sebenarnya nak ajak anda semua ke Pesta Konvokesyen Ke-38, UKM yang bermula 4-9 Ogos 2010. Jemputlah datang memeriahkan Pesta Konvo. Kedatangan anda dialu-alukan. Banyak program yang menarik. Antaranya, tengok sendiri kat poster kat bawah ni :)



--> Saya tak pernah sekali pun masuk Rumah Hantu Pesta Konvo. Huhu. Tak berpeluang kot. Bukan takut okey. Hehe. To tell the truth, Rumah Hantu Pesta Konvo memang best!! Rugi tak masuk. Haha. Macamlah pernah masuk. Melalui respon rakan-rakan, memang ianya best dan menyeramkan. Gerenti menjerit :P

--> Semoga Generasi PK38 berjaya untuk MBOR mereka iaitu First Live Internet Broadcast of Longest Non-Stop Cooking Event. All the best guys!!

--> Berdasarkan pengalaman sendiri, waktu malam dan hari minggu adalah hari yang paling best dan happening. Jom serbu ke Dataran Gemilang, UKM :)

--> Lastly, untuk Malam Penutup Pesta Konvo ialah pada 9 Ogos 2010. Sila lihat poster di bawah untuk maklumat lebih lanjut :D







LOVES.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...