08 August 2010

:: mencari yang terbaik ::



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG.


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Okey. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik yang paling cantik bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Semasa saya berjalan tadi, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu pesan petik yang paling cantik, maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin di antara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik. Tapi, cikgu dah berpesan tak boleh menoleh ke belakang lagi. Jadi, tiadalh rumput yang boleh saya petik.

Cikgu : Ya. Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku telah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan, ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.




LOVES.






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...