24 August 2010

:: sungai lui ::


Bila dengar DJ radio bagitau tajuk lagu ni "Sungai Lui" macam tak percaya. Pelik dengan nama lagu nih. Ingatkan lagu dari Indonesia. Rupa-rupanya Aizat yang nyanyi. Sekali dengar lagu ni, terus jatuh cinta!! Best. Sangat suka nyanyian Aizat. Simple, nice and meanigful. Muzik pun best. Layan je. Hari ni duk ulang-ulang lagu ni je. Tak puas dengar. Hehe.


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini

download song here




LOVES.





p/s : lagu Afgan pun best "Padamu Ku Bersujud" dan "Yang Ku Tahu Cinta Itu Indah"








21 August 2010

:: doodle oh doodle ::

Pernah dengar doodle kan? Hehe. Dah lame tak berDoodle YM. Sejak akhir-akhir ni, jarang sangat online YM. Tak selalu available. Oleh kerana sudah lama sangat tak online, kali ni buang tabiat sikit. Hehe. YM tak menggunakan kata-kata tapi banyak berDoodle sahaja. Konon-konon kreatif dan inovatif lah. Hehe. Tapi, hasilnya agak unik, comel, colourful and NICE!!! ♥♥♥



Tersirat. Memang kusut gambar nih.



Special to all readers
:)



"Saya nak bunga tu!!"
"Sape nak kasi bunga ni kat awak? Ini saya punyalah."
"Kedekutlah awak nih."



SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

Salam Ramadhan





LOVES.





17 August 2010

.sweetest things.


Beware the sweetest of things. Sometimes, those are the words that build and hold you up. But, many at times those are the words that break your heart.




LOVES.







13 August 2010

:: Konvo Mereka ::


Salam Konvokesyen!!


Tahniah buat semua kawan-kawan yang telah bergraduasi tahun ni terutamanya yang diraikan - Idah, Mai, Nis, Nadia, Perdos, Amer, Nazri.


Sebelum Majlis Konvokesyen, saya dan Arbi dan Hazwan menemani Nis, Mai dan Amer bergambar di Putrajaya. Gambar mereka banyak giler okey! Jeles :P Hehe. Lambatnya grad! Setahun lagi. Sabar~

Graduan bersama bakal graduan tahun depan :)


Orang pertama diraikan iaitu
Nis dan Perdos dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan


Tak dilupakan juga senior dan juga Family Pesta PK36
Tahniah Semua :)


Mereka adalah graduan dari Fakulti Sains dan Teknologi
mai - nadia - idah


Sidang terakhir. Banyak snap gambar time nih. Macam-macam posing. Hehe.
Mengalahkan orang yang dah grad :P


Giliran kami tahun depan. Insya Allah.


Tahniah kawan-kawan!! All the best in your future. Semoga dapat cari keje yang dengan cepat. Nanti leh belanja kami ni yang masih bergelar pelajar UKM. Hehe.



LOVES.





12 August 2010

.the basic law of life.



Without suffering there won’t be compassion.

Without sadness there won’t be happiness.
Without hatred there won’t be love.
Without death there won’t be life.
For something good to happen, something bad must happen.
If not everything thing else would just be stated as neutral.
We must learn one part first, then we can experience the other.


Its the Basic Law of Life.




LOVES.







.ICEROOM.

Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua!!

Pada mulanya taknak post pasal ICEROOM. Tapi, ntah camne terdetik plak nak abadikan kenangan ni dalam blog :)

[K.A.M.I]

nak order kena isi "borang" dulu. hehe :P

muka-muka sabar menunggu aiskrim masing-masing :D

terliur plak bila tengok aiskrim bile tengah puasa nih

celebrate besday boy ezry. nak suprisekan dia. tapi kami disuprisekan :P

my ice cream tropical mix. rasenya okeylah not bad.
ada banyak jenis fruits dalam aiskrim tu :)


For me, Iceroom is nice place. I love it. Pertama kali datang try makan aiskrim je. So, tak dapatlah nak cite pasal makanan. Oh ya.. Saya suka ice cream Tropical Mix, Mango, Nut Case and Kiwi. Superb!! ;)


Loves.



p/s : next post is 'KONVO MEREKA'





08 August 2010

:: mencari yang terbaik ::



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG.


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Okey. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik yang paling cantik bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Semasa saya berjalan tadi, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu pesan petik yang paling cantik, maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin di antara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik. Tapi, cikgu dah berpesan tak boleh menoleh ke belakang lagi. Jadi, tiadalh rumput yang boleh saya petik.

Cikgu : Ya. Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku telah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan, ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.




LOVES.






05 August 2010

.Pesta Konvokesyen UKM.

Assalamualaikum everyone ;)

Post kali ni nak publisiti untuk Pesta Konvokesyen Ke-38 (PK38), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi atau lebih dikenali sebagai Pesta Konvo. Tapi, sebelum tu nak kongsi pengalaman dengan Pesta Konvo terlebih dahulu :D

Saya sudah bersama Pesta Konvo UKM selama 3 tahun. Semuanya bermula PK35 sebagai AJK Pelaksana Sekretariat Cenderamata. Time ni tak tau pape. Blur. Dengar je cakap Eksekutif Kar Mun. Banyak jugak belajar dari dia walaupun saya sebenarnya tak suke marketing dan amat cetek pasal cenderamata ni. Hehe. Waktu tu saya tak berapa kenal dengan senior. Amat tak paham apa itu Pesta Konvokesyen. Then, lama-lama cuba belajar, cuba paham, cuba selami akhirnya terpaham jugaklah apa itu tugas dan peranan Majlis Tertinggi, Eksekutif, AJK Dasar dan AJK Pelaksana.

Seterusnya untuk PK36 dilantik sebagai Eksekutif Sekretariat Cenderamata dan Penerbitan. Sangat terkejut okey kerana merasakan diri ini tidak begitu kuat untuk menjadi ketua. Huhu. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar atas bantuan senior dan rakan-rakan Eksekutif. Tahun tu banyak belajar tentang marketing, berurusan dengan pegawai dan orang luar, hadapi pelabagai kerenah dan ragam orang. Huhu. Thanks everyone! PK36 tahun yang sibuk bagi saya. Dan, tahun tu jugaklah sangat best! Semua Eksekutif time tu memang happening, sporting, selalu hang out ramai2, makan, bergambar dan gelak lawak tawa bersama-sama. Sehinggalah terkeluar nama ME stand for Majlis Eksekutif. Hehe. Ntah siapa yang create dat name pun saya dah lupa. Afiq kot.

Untuk Pk37, jadi Timbalan Pengarah Eksekutif (TPE). Banyak jugak belajar benda baru. Same things with PK36. Tahun ini, 2010 sudah menjadi mantan. Hanya mampu melihat dan memberi sokongan dari jauh. Kadang-kadang jenguk jugak Generasi PK38 dan support program mereka. Okey. Back to the main focus. Hehe. Sebenarnya nak ajak anda semua ke Pesta Konvokesyen Ke-38, UKM yang bermula 4-9 Ogos 2010. Jemputlah datang memeriahkan Pesta Konvo. Kedatangan anda dialu-alukan. Banyak program yang menarik. Antaranya, tengok sendiri kat poster kat bawah ni :)



--> Saya tak pernah sekali pun masuk Rumah Hantu Pesta Konvo. Huhu. Tak berpeluang kot. Bukan takut okey. Hehe. To tell the truth, Rumah Hantu Pesta Konvo memang best!! Rugi tak masuk. Haha. Macamlah pernah masuk. Melalui respon rakan-rakan, memang ianya best dan menyeramkan. Gerenti menjerit :P

--> Semoga Generasi PK38 berjaya untuk MBOR mereka iaitu First Live Internet Broadcast of Longest Non-Stop Cooking Event. All the best guys!!

--> Berdasarkan pengalaman sendiri, waktu malam dan hari minggu adalah hari yang paling best dan happening. Jom serbu ke Dataran Gemilang, UKM :)

--> Lastly, untuk Malam Penutup Pesta Konvo ialah pada 9 Ogos 2010. Sila lihat poster di bawah untuk maklumat lebih lanjut :D







LOVES.






03 August 2010

:: kites ::



kites.

fly in the sky.
free.
dancing in the wind.
with no worries.
like two lovers.
they meet, they fight.
they almost become one.
but,
it is not the will of the kites that makes them dance
cause someone else always holds the strings.



LOVES.






02 August 2010

.these things take time.





LOVES.






it's a helikopter!!

hello readers!! ;)

Impian nak naik helikopter hampir separuh tercapai. Semalam dapat tengok, sentuh dan bergambar dengan helikopter. Haha. Excited!! Semalam drive thru McD kat PKNS. Tiba-tiba ternampak helikopter di tengah padang berdekatan dengan Tasik Cempaka. So, apa lagi terus ke sana dan snap pictures ;)

Kalau nak naik helikopter ni, seorang must pay rm130 for 7 minutes. Quite expensive for me as a student. Kalaulah ada duit banyak kan best. Agak kecewa jugak sebenarnya. Huhu. But, never mind. Perlahan-lahan mendaki untuk capai impian tu. Insya-Allah :D

:: leena. idah. nadia ::




LOVES.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...