26 July 2010

:: they.them ::


Hello bloggers.

Kali ni nak cakap pasal "they.them". Siapakah mereka? Sebelum itu, saya baru noticed sesuatu sebentar tadi di mana saya tak pernah terima sebelum ini. Apakah? Ketika birthday saya sebelum ini, saya hanya menerima ucapan dari keluarga dan kawan-kawan sahaja. But, this year, i got wishes from my students!! Terharu.



Walaupun sempat berkenalan dengan mereka selama 2 bulan, terlalu banyak kenangan yang mengeratkan saya dan mereka. Masih teringat kata-kata seorang teman. Apabila kita berbuat baik dengan orang, selamanya kita akan dikenang. Sekali mereka panggil "teacher" selamanya akan kekal dengan panggilan. Yes. That is true!

10 perkara tentang mereka.

1. Kalau kelas mereka selepas rehat, saya pasti masuk kelas awal. Kalau masuk lambat, lambatlah mereka masuk ke kelas. Alamaknya tak mengajarlah hari tu.

2. Ketika berjalan menuju ke kelas, pasti terserempak dengan mereka. Pantas menawarkan diri untuk menolong. Oh. Terharunya ;)

3. Kalau saya bawak laptop ke kelas, pasti laptop itu hak milik mereka. Semuanya diselongkar oleh mereka. Saya diabaikan terus. Fine! ;P

4. When I said " Today we will do groupwork. So.." Pantas mereka duduk dalam kumpulan masing-masing. Well done guys!! Haha.

5. Setiap hari Jumaat, mereka jadi tak terkawal. Sebabnya, saya mengajar last period untuk hari Jumaat. So mereka takde feel nak belajar. Feel mereka mahu balik rumah secepat yang mungkin.

6. Bila saya bagitahu saya nak ke sawah padi, mereka seakan-akan pelik. Saya diperli okey!! Haha.
"Bukan sawah padi la teacher. Bendang lah". "Teacher mesti tak pernah tengok mesin padi kan?"

7. Sampai sekarang, saya tak dapat ingat semua nama students saya yang seramai 67 orang! Very bad :(

8. Mereka semua dah boleh hafal apa yang saya bawak ke kelas setiap hari.

9. Tak pernah cukup satu kelas hantar buku latihan. Asyik tanda buku orang yang sama je. Huhu. Kadang-kadang mereka merungut, "Teacher selalu bagi homework lah". I noticed that. Haha. Tak disengajakan okey. Korang yang siapkan lambat, jadi homework lah latihan tu :P

10. When I said, "Today we will sing a song". Ramai yang gabra. Hanya segelintir sahaja yang excited :P



Actually, banyak lagi tentang mereka. I miss them very much!!
Tiba-tiba hati ini mengajak "Jom ke Perak!"





LOVES.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...