17 July 2010

:: memories with my students ::


Finally, dapat jugak update blog. Sangat busy dan sangat malas, seriously. Sekian.


9 Julai lepas dah habis praktikal. Tersangat gembira sangat-sangat. Sedih? Erm.. maybe. Sekarang, takmo ingat pasal observation, mentor, cikgu dan sekolah. Tapi, nak cite pasal my students yang macam-macam ragam. Fuhhh~

Awal-awal mengajar Form 2 and Form 4 teramat 'down'. Kenapa dan kenapa? Huh. Diorang ni teramat nakal dan bising. Bayangkan mengajar English boleh berpeluh macam berlari-lari di padang.

Lama-kelamaan dapat ikut rentak mereka. Time mengajar kena serius, time sembang layan jer diorang. Kalau tak boleh control students, dendalah jawapannya. Haha. Denda berdiri di depan kelas. Itu sahaja. Simple sahaja, kan? :P

[Ragam Form 2 Budiman. Teacher penat dan gembira dengan korang :P ]

Untuk kelas Form 4, saya mengambil masa yang lama untuk tackle mereka untuk fokus dalam kelas dan belajar English. Huhu. Kesabaran untuk masuk kelas ini perlu sepanjang masa. Pernah sekali, tertitis air mata kerana susah sangat nak ajar 'orang-orang besar' nih. Okey. Enough. Lama-kelamaan semuanya dapat dikawal dengan baik. Tahniah Hasleena Ramlee!!

Bendang? Ohh. Saya jarang sekali guna perkataan itu apatah lagi menjejak kaki ke bendang. Students mula memerli saya apabila mendapat tahu saya 'jarang' ke sawah padi. Haha. Adik-adik, Terengganu mana ada bendang macam tempat korang. Kalau pantai banyaklah kat Terengganu tu. Haish.


Bercakap pasal bendang, saya berpeluang menjejaki ke bendang dan pusing satu kawasan bendang yang teramat luas di sana. Nice view kat sini. Memang betul-betul terasa kehidupan di kampung apabila ke bendang. Mana taknya-dapat lihat kanak-kanak lelaki mengail ikan di sungai, pakcik-makcik tekun melakukan kerja di tengah bendang, burung-burung berterbangan, padi yang kekuningan. Boleh anda bayangkan suasana tu? Indah kan? Kegembiraan makin bertambah apabila diserikan dengan kehadiran students-ku selaku peneman dan 'tourist guide'. Thanks semua. Teacher hargai semangat korang yang nak 'tunjuk' kat teacher kehidupan sebebnar di bendang :))

Kalau diikutkan banyak lagi kenangan pahit manis semasa praktikal. Ini sahaja yang mampu nak dikongsi. Haha. post yang agak panjang. Fullstop di sini dulu, okey :))


LOVES.





2 comments:

  1. Pejuang Berani MatiJuly 17, 2010 at 7:36 PM

    ala..terengganu ada jer bendang tu..kena pandai cari jer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...