26 July 2010

:: they.them ::


Hello bloggers.

Kali ni nak cakap pasal "they.them". Siapakah mereka? Sebelum itu, saya baru noticed sesuatu sebentar tadi di mana saya tak pernah terima sebelum ini. Apakah? Ketika birthday saya sebelum ini, saya hanya menerima ucapan dari keluarga dan kawan-kawan sahaja. But, this year, i got wishes from my students!! Terharu.



Walaupun sempat berkenalan dengan mereka selama 2 bulan, terlalu banyak kenangan yang mengeratkan saya dan mereka. Masih teringat kata-kata seorang teman. Apabila kita berbuat baik dengan orang, selamanya kita akan dikenang. Sekali mereka panggil "teacher" selamanya akan kekal dengan panggilan. Yes. That is true!

10 perkara tentang mereka.

1. Kalau kelas mereka selepas rehat, saya pasti masuk kelas awal. Kalau masuk lambat, lambatlah mereka masuk ke kelas. Alamaknya tak mengajarlah hari tu.

2. Ketika berjalan menuju ke kelas, pasti terserempak dengan mereka. Pantas menawarkan diri untuk menolong. Oh. Terharunya ;)

3. Kalau saya bawak laptop ke kelas, pasti laptop itu hak milik mereka. Semuanya diselongkar oleh mereka. Saya diabaikan terus. Fine! ;P

4. When I said " Today we will do groupwork. So.." Pantas mereka duduk dalam kumpulan masing-masing. Well done guys!! Haha.

5. Setiap hari Jumaat, mereka jadi tak terkawal. Sebabnya, saya mengajar last period untuk hari Jumaat. So mereka takde feel nak belajar. Feel mereka mahu balik rumah secepat yang mungkin.

6. Bila saya bagitahu saya nak ke sawah padi, mereka seakan-akan pelik. Saya diperli okey!! Haha.
"Bukan sawah padi la teacher. Bendang lah". "Teacher mesti tak pernah tengok mesin padi kan?"

7. Sampai sekarang, saya tak dapat ingat semua nama students saya yang seramai 67 orang! Very bad :(

8. Mereka semua dah boleh hafal apa yang saya bawak ke kelas setiap hari.

9. Tak pernah cukup satu kelas hantar buku latihan. Asyik tanda buku orang yang sama je. Huhu. Kadang-kadang mereka merungut, "Teacher selalu bagi homework lah". I noticed that. Haha. Tak disengajakan okey. Korang yang siapkan lambat, jadi homework lah latihan tu :P

10. When I said, "Today we will sing a song". Ramai yang gabra. Hanya segelintir sahaja yang excited :P



Actually, banyak lagi tentang mereka. I miss them very much!!
Tiba-tiba hati ini mengajak "Jom ke Perak!"





LOVES.







--> For You



I’m not afraid to try again.

I’m just afraid of getting hurt for the same reason.





LOVES.





:: mood ::


Currently,






LOVES.






25 July 2010

:: 25 Julai ::


Alhamdulillah. Sekarang, saya dah berusia 23 tahun. For me sound looks weird. Haha. Tak dapat menerima hakikat umur makin lama makin meningkat. Ohh. I can't believe it ;)

Firstly, thanks for the calls, texts, Facebook messages and even emails wishing me a happy birthday. I super duper appreciate it. You all made my day happy with those wonderful wishes. Thanks!

Apa yang berlaku 25 Julai? Hurm.. Satu UKM takde letrik dari pukul 9 pagi hingga 7 petang. Hari ni datang memberi sokongan kepada Generasi Pesta Konvokesyen Ke-38 untuk program Sukan Sakan D'Konvo. You guys did a great job!! Congrats. I will always support Family Pesta. Saya jatuh cinta dengan Pesta Konvo! Yes, I am. Dari Pesta Konvo lah saya mendapat ramai kenalan, mengenal erti persahabatan, hidup berFamily dan belajar apa itu kepimpinan.

Seriously, I can't believe now I am 23 years old! For me, angka bukan segala-segalanya. Masih ingat zaman persekolahan dulu. Kalau hendak ke mana-mana sahaja, pasti saya dihantar dan dijemput oleh mak atau ayah. Kalau hendak keluar, pasti 'disoal selidik' dulu hendak ke mana, dengan siapa, di mana kawan tinggal dan balik pukul berapa.

Sekarang, saya tidak lagi berhadapan dengan 'soal selidik'. Namun, oleh kerana sudah terbiasa dari keci dididik sebegitu, maka saya sentiasa senang 'melaporkan' kepada mak atau ayah ke mana sahaja saya pergi. Saya lebih selesa sebegitu. Mungkin sesetengah orang merasakan janggal atau tidak suka pergerakan mereka diketahui oleh ibu bapa masing-masing. Tetapi tidak bagi saya :)

One more thing, I hate suprise. "Say no to SUPRISE". Hehe. Sewaktu Form 5, saya tinggal di asrama. Teringat satu kejutan hari jadi yang sangat tersangat menjadi oleh teman rapatku!! Pada malam itu, saya tengah berBBQ bersama rakan sekelas di padang sekolah. Tiba-tiba salah seorang teman sebilikku datang menyuruh saya balik ke asrama dengan segera Katanya rakan sebilik kami bergaduh. Sampai sahaja di asrama saya melihat ada yang menangis di luar bilik manakala pintu bilik tertutup rapat dan kedengaran beberapa suara di dalam bilik yang tengah bergaduh. Time tu saya teramatlah takut, serba tak kena dengan keadaan yang huru-hara macam tu. Rakanku menyuruh saya masuk ke dalam bilik. Lalu saya buka pintu bilik. Buka sahaja pintu, dengan keadaan bilik yang gelap gelita saya terdengar lagu soundtrack winter sonata (if i'm not mistaken). Tiba-tiba muncul kawan2ku membawa sebiji kek. Damn! Saya menjerit sepuas hati malam itu. Oh. Saya dipermainkan. Lakonan mereka menjadi!! Korang memang hebat! Then, saya menangis kerana sangat terharu dengan suprise party tersebut. Hehe. Btw, it's one of my birthday memories that i had with my schoolmate. Tiba-tiba rindu dengan mereka. Sigh!




LOVES.





22 July 2010

:: about friends ::


You know what’s the thing about friends?
The kind that does not only just brings you laughter and joy, shares your sorrows and lend a listening ear.
The kind that truly accepts you for who you are, love you despite of all the imperfections and mistakes you make.
The kind that stands by you no matter what, with a bond tying you so tight.
The kind that will build you up in times where you doubt yourself, or allowing yourself to be someone’s option, instead of putting you down.
The kind that uses care and love to beat anger, and turn it into understanding.
The kind that inspires you to be a better person.

It’s the kind that will not only give you advice and their opinions, but also dare to tell you that you’re wrong.
It’s almost like family.
It’s the kind who will see the picture for the big, tell you that you’re making a mistake like hurting someone or in your life, tell you truth that not other people can do.
It’s the kind who will risk you blaming them but be the ‘bad guy’ and be honest.
The kind who will be brave enough to tell you you’re wrong.
But still stand by your side, no matter what.
This is the kind, who’s more than just friends.
They are little angels brought into your life.

So be sure to hold on to them.
To love them, and treat them, with your heart.




LOVES.






:: dominasi mahasiswa perempuan di IPTA ::


Saya tertarik dengan satu keratan akhbar Harian Metro bertarikh 19 Julai 2010 yang menyatakan pelajar perempuan lebih ramai di IPTA. Ya. Saya akui situasi ini memang benar-benar berlaku. Mengapa peratus pelajar lelaki di IPTA terlalu sedikit?

"Harian Metro "
DOMINASI mahasiswa perempuan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan isu baru, malah sering diperkatakan masyarakat.

Lalu, timbul persoalan, di mana dan apa jadi dengan pelajar lelaki? Berdasarkan kemasukan mahasiswa baru untuk mengikuti ijazah sarjana muda ke 20 IPTA tempatan, baru-baru ini, wanita masih mengatasi lelaki sehingga menimbulkan pandangan negatif bahawa golongan lelaki akan tenggelam dalam monopoli pelajar perempuan. Meskipun memperoleh peluang sama rata berdasarkan sistem merit, kekurangan ketara itu memerlukan mekanisme tertentu bagi menanganinya.

Adakah masalah ini boleh ditangani atau masyarakat menerima sahaja ia sebagai fenomena global di IPT? Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Datuk Dr Mohamed Asin Dollah, berkata isu berkenaan perlu dilihat dalam konteks luas sebelum dikategorikan sebagai kritikal. Menurutnya, tumpuan masyarakat terhadap kebanjiran mahasiswa wanita setiap kali pelajar baru mendaftar di IPTA menjadikannya terus berlarutan serta bagaikan tiada kesudahan.

"Penafsiran umum menyebabkan masyarakat terus melabelkan IPTA dikuasai wanita manakala golongan lelaki terpinggir.

"Penilaian itu mungkin bersandarkan pemerhatian kasar dan kurang tepat. "Adakah jumlah pelajarnya diambil kira? Sukar mengatakan mahasiswa wanita mendominasi kerana ruang penafsiran terbatas berdasarkan satu senario semata-mata," katanya.

Tahun ini, golongan wanita terus mendominasi kemasukan ke IPTA apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011. Ramai mengaitkannya dengan sistem merit namun Dr Mohamed Asin menegaskan ia bukan punca utama kerana pengambilan pelajar bergantung pada kelayakan.

"Sama ada merit atau kuota, aspek kecemerlangan faktor utama selain menepati syarat kemasukan asas. IPTA tidak akan menawarkan tempat jika gagal memenuhinya.

"Menyalahkan sistem berkenaan kurang tepat sebaliknya mesti ada faktor tertentu menyebabkan senario itu berlaku," katanya.

Kecenderungan minat lelaki menyambung pengajian program berbentuk teknikal di kolej bukan IPTA turut menyumbang apatah lagi faktor jangka masa pendek serta peluang pekerjaan cerah memberi jaminan. Tarikan dunia kerjaya kerana memikul tanggungjawab keluarga dan menstabilkan ekonomi diri juga menjadi punca.

"Kebanyakan bidang teknikal di kolej seperti komuniti masih dikuasai lelaki kerana kerjaya lebih cerah meskipun hanya sijil. Mencari pengalaman lebih utama. "Ada pula kerana ekonomi dan tanggungjawab keluarga. Sebagai anak lelaki, kematangan mempertimbangkan masalah atau masa depan lebih ketara. "Selepas stabil, baru ambil keputusan sambung belajar melalui program tertentu seperti luar kampus selain tidak perlu gusar mengenai kerjaya," katanya. Beliau turut menolak gender sebagai penyumbang gejala sosial sebaliknya sesiapa saja boleh terjebak, malah akur masyarakat lebih mensasarkan golongan lelaki.

"Soal gender adalah universal dan bukan alasan kukuh. Situasi kini bukan seperti dulu, sesiapa berhak mencorakkan masa depan mengikut pilihan dan cita rasa sendiri," katanya mengakui masih banyak bidang pekerjaan memerlukan dominasi lelaki seperti keselamatan dan pelancongan.

Menurutnya, lelaki atau wanita, masing- masing berhak mendapat pendidikan cuma pemilihan dan masanya berbeza. "Penting memastikan proses pendidikan dan penjanaan ilmu tidak terhenti tanpa mengira memperolehnya sama ada melalui institusi atau pengalaman," katanya.



LOVES.




19 July 2010

b.a.i.k.i



BOSAN

Sebab selalu perlu baiki. Tapi, tetap sama. Tak berubah.




LOVES.



bebelan awal semester

Time really do flies fast. Rase macam baru je blaja kat UKM. Sekarang, dah Final Year kot. Super duper Senior. Hehe. Dah hampir 4 tahun kat UKM. Permulaan semester yang agak baik. Semester ni stay kolej lain. Senang plak dapat. Rezeki kot. Alhamdulillah. *sangat "sakit hati" apabila orang persoalkan pasal ni*. Just forget it. First time duk bilik sorang-sorang. Flatlet. Bosan teramat!! Dahla blok ni sunyi giler. I need "entertainment". Haha.

Semester ni ambik 4 subjek. Lucky me, dua subjek je ada Final Exam. Tapi, keje mesti berlambak-lambak nanti. Thesis lagi. Adeii. Please say NO to "Last Minute". Jadual semester ni tak sibuk. Banyak masa free. Semester ni semangat nak belajar. Nak "pulihkan" pointer yang sedia ada. Mahu grad dengan cemerlang. Insya Allah. Semangat, datanglah padaku.

Rakan-rakan sekolah mula bertanyakan status ku. Inilah akibat keaktifan di Facebook. Mereka bertanya "Na dah kapel?" "Dengan 'dia' ke?" "Ganer boleh baik dua orang nih?" dan banyak lagi la soalan. Itulah persoalan yang timbul apabila sudah lama tak bersua. When I said NO, semua tak percaya. Huhu. Friends, I'm still same. Nothing change. It's so hard for me to live in LOVE WORLD. Fullstop. You can close your heart or self all you want. But never hide your true self to the people around you, and yourself. In other words, stay true. Yes, that's true.




LOVES.






thought



LOVES.

17 July 2010

* reminder *



Reminder to self

Always keep a thankful heart to who AND what you have,
what AND who is given to you.





LOVES.




- past is the past -


"Often we find ourselves moving on, but wanting to go backwards in time. We find comfort in what we’ve done in the past, and although we’re enjoying the present, we can’t stop thinking about how amazing the past was and how much we’d give to be able to go back.
We want to make the best of now, but we just can’t seem to let go of the past. Looking back on the past is okay, but we should never live in the past. Always make the best of today, because someday, today will become part of your past too."


LOVES.





:: memories with my students ::


Finally, dapat jugak update blog. Sangat busy dan sangat malas, seriously. Sekian.


9 Julai lepas dah habis praktikal. Tersangat gembira sangat-sangat. Sedih? Erm.. maybe. Sekarang, takmo ingat pasal observation, mentor, cikgu dan sekolah. Tapi, nak cite pasal my students yang macam-macam ragam. Fuhhh~

Awal-awal mengajar Form 2 and Form 4 teramat 'down'. Kenapa dan kenapa? Huh. Diorang ni teramat nakal dan bising. Bayangkan mengajar English boleh berpeluh macam berlari-lari di padang.

Lama-kelamaan dapat ikut rentak mereka. Time mengajar kena serius, time sembang layan jer diorang. Kalau tak boleh control students, dendalah jawapannya. Haha. Denda berdiri di depan kelas. Itu sahaja. Simple sahaja, kan? :P

[Ragam Form 2 Budiman. Teacher penat dan gembira dengan korang :P ]

Untuk kelas Form 4, saya mengambil masa yang lama untuk tackle mereka untuk fokus dalam kelas dan belajar English. Huhu. Kesabaran untuk masuk kelas ini perlu sepanjang masa. Pernah sekali, tertitis air mata kerana susah sangat nak ajar 'orang-orang besar' nih. Okey. Enough. Lama-kelamaan semuanya dapat dikawal dengan baik. Tahniah Hasleena Ramlee!!

Bendang? Ohh. Saya jarang sekali guna perkataan itu apatah lagi menjejak kaki ke bendang. Students mula memerli saya apabila mendapat tahu saya 'jarang' ke sawah padi. Haha. Adik-adik, Terengganu mana ada bendang macam tempat korang. Kalau pantai banyaklah kat Terengganu tu. Haish.


Bercakap pasal bendang, saya berpeluang menjejaki ke bendang dan pusing satu kawasan bendang yang teramat luas di sana. Nice view kat sini. Memang betul-betul terasa kehidupan di kampung apabila ke bendang. Mana taknya-dapat lihat kanak-kanak lelaki mengail ikan di sungai, pakcik-makcik tekun melakukan kerja di tengah bendang, burung-burung berterbangan, padi yang kekuningan. Boleh anda bayangkan suasana tu? Indah kan? Kegembiraan makin bertambah apabila diserikan dengan kehadiran students-ku selaku peneman dan 'tourist guide'. Thanks semua. Teacher hargai semangat korang yang nak 'tunjuk' kat teacher kehidupan sebebnar di bendang :))

Kalau diikutkan banyak lagi kenangan pahit manis semasa praktikal. Ini sahaja yang mampu nak dikongsi. Haha. post yang agak panjang. Fullstop di sini dulu, okey :))


LOVES.





06 July 2010

● time is priceless ●


Time is priceless, but it’s free.
You can’t own it, you can use it.
You can spend it, but you can’t keep it.
Once you’ve lost it, you can never get it back.


yeahh
praktikal dah nak habis
heaven giler nih :))
sekarang
hargai masa yang ada bersama students KESAYANGAN :P








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...