19 February 2010

● janji miftahul raudhah ●


"Mak, yuyu nok beli novel ni", kata adikku yang berusia 14 tahun.


Lantas mak bertanya, "Novel apa ni? Yuyu baca dok novel gini?"

Saya tengok sekilas pandang novel yang dipegang oleh Yuyu. Dalam hati terdetik.

"Macam pernah nampak novel ini".

Terus saya mengambil novel itu dari pegangan Yuyu. Saya jadi makin teruja. Inilah novel yang dicari-cari selama ini. Ejah, walaupun terlambat, tetapi saya sudah memiliki your first novel dan saya habiskan membacanya dalam masa satu hari. Non-stop :)


Miftahul Raudhah bermaksud kunci taman syurga. Saya tertarik dengan ayat-ayat di dalam novel ini. Aturan ayatnya yang kemas dan 'luar biasa'. Novel ini mengisahkan Miftahul Raudhah yang ingin mengotakan janjinya kepada kakaknya, Jannah. Terdapat juga konflik Miftahul Raudhah di alam persekolahannya.

Ejah, novel ini mengingatkan saya tentang satu perkataan yang kadang-kadang susah untuk ditepati iaitu JANJI. "Sekalipun janji tidak lagi ditagih, mengatakannya satu kemestian".

Untuk renungan kita bersama...

"Cintailah sesiapa pun, ibu, ayah, cikgu, kawan-kawan, sesiapa saja. Tapi pantakkannya pada kecintaan Ilahi. Maka cinta itu akan jadi berhikmah buat orang yang dicintai".

"Setiap kesukaran itu ada kemudahan".

"A friend in deen, is a friend indeed and a friend in need".

Untuk Ejah, saya sentiasa menyokong anda dari jauh. Teruskan bidang penulisan anda. Saya tahu anda memang berbakat dalam bidang ini. Wish you all the best - from your best friend, Naa.

notakaki : ketika membaca novel ini, mengingatkan saya di alam persekolahan. rindunya kat sekolah!! :)


LOVES!!




2 comments:

  1. mcm best jek!!~
    nak try cari gak!~
    ^^,

    ReplyDelete
  2. mmg bagus pun buku ni,sy baru beli hari ni...
    penerbit dia ni kakak kawan sy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...