27 February 2010

● sekolah menengah teknik terengganu ●


salam hujung minggu. post kali ni, berminat nak cakap pasal KAHWIN. tapi letak tajuk post nama sekolah. terbaeklah!! saya bersekolah di tiga buah sekolah menengah :)

kalo jumpa kawan2 sekolah, topik hangat ialah isu kapel dan kahwin. soalan yang selalu ditanya:

- "dia kapel ngan sape skrg?"
- "ehs, si A tu dah kawenlah dengan si B"

kawan-kawan sekolah dah agak ramai yang berkahwin. dah bertunang dan tunggu masa nak berkahwin pun ada jugak. cepat benar jodoh mereka. tapi, kebanyakkan kawan2 perempuan yang berkahwin dahulu. kawan2 lelaki? masih dengan dunia mereka. diakui kawan2 perempuan berkahwin dengan lelaki yang sudah berkerjaya. patutlah~


iha's wedding. penolong kelas masa form 5. sudah berkahwin!! tapi, yang sedihnya tak dapat join hari bahagia dia. i dont know that she already married!! gambar ni pun ambik dari facebook. FB yang menemukan kami kembali untuk berkongsi cerita. to iha..keep in touch ya!!


rafiqa sarah's wedding. majlis perkahwinan dia menemukan semula dengan classmate. happy yang teramat!! everyone looks different!! to piqa..semoga berbahagia :)


notakaki: terasa diri ini terlalu muda untuk melangkah ke alam perkahwinan walaupun ramai kawan2 sebayaku sudah berkahwin~


LOVES!!



26 February 2010

● i want more movies!! ●


hello readers!!
let's talk about movies!!!

valentine's day
dah tengok movie ni.memang best.
awal2 macam keliru sbb ramai sangat watak dalam cite ni.
but, overall memang best!!
dan
jika ada peluang, memang nak tengok lagi :)
nak donwload~


movie kedua.
tajuk cite baca sendiri la kt picture tu.
malas nak tulis.panjang sangat.
cite ni memang best compare to the wolfman.
hehe.macamlah dah tengok the wolfman :P
'org gsc' yg suggestkan tengok cite nih
so, layan jerla.tak terasa macam 2 jam tengok cite ni.
hehe.enjoy je dari awal sampai akhir.
tak nak cite lebih2.korang tengoklah sendiri.


ilham nak tulis pasal movie ni ambik dari blog epul
terasa amat jeles dengan dia
kenapa?
sebabnya
dia dah tengok niyang rapik!!!
nak tengok jugakkkk!!~
jom kawan2 :)


notakaki: walaupun assignments berlambak, tapi tetap nak tengok movies!!

LOVES!!




● setel or find ●


manusia lebih suka menyelesaikan masalah
berbanding
mencari punca sebenar sesuatu masalah

benar bukan?

LOVES!!




● kehidupan ●


“Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah”


Kalaulah kita boleh selalu berfikir sebalik kepada sebalik, kita menjadi lebih kuat untuk berhadapan dengan apa jua cabaran dan dugaan. Masalahnya kita selalu melihat apa yang terlihat oleh kita, langsung tidak mahu menduga apa yang tersembunyi di sebaliknya.

Kalau dilihat semua kesusahan itu adalah kesedihan, yang dapat ialah semuanya kesusahan dan kesedihan. Andainya ingin dilihat kepayahan sebagai kemudahan yang mungkin tersembunyi di mana-mana, hati kita akan lebih berbaik sangka. Betul kan?

Bukan semua yang menggembirakan itu baik untuk kita, ada kalanya menjadi masalah yang sangat menyusahkan. Dan bukan semua yang kita tidak sukai baik untuk kita, ada kalanya itulah punca berbahagianya kita.


Hidup perlu dilihat dari perspektif yang berbeza-beza. Bukan ALLAH tidak kasih apabila menurunkan ujian kepada kita tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang terselindung. Semuanya ada hikmah di mana kita tidak dapat melihatnya dengan jelas.

Apabila cuaca dikatakan buruk, ia mungkin baik untuk kitaran, tumbuhan dan serangga. Hujan yang keterlaluan dan panjang, tidak semestinya tidak baik untuk manusia. Mungkin di situlah letaknya keseimbangan pada musim yang mendatang.

Kalau dilihat semua perkara buruk sebagai buruk, hidup tidak akan lebih indah daripada ketakutan kita terhadap kehidupan itu sendiri. Hidup tidak perlu ditakuti kerana hidup ini ada pelbagai warna kehidupan. Tetapi takut pada hidup selalunya akan memburukkan pandangan dan pendirian.

Kadang-kadang hidup perlu dilalui dengan selamba. Anggap semua masalah sebagai perencah. Yang menggembirakan pula sebagai kebetulan agar yang pahit tidak terlalu dirisaukan.

Hakikatnya tiada manusia bebas daripada masalah. Sejak seseorang manusia itu dilahirkan ke bumi dia menghadapi masalah. Maka itu, dia menangis hingga ditenteramkan oleh sang ibu dalam pelukan erat yang melindunginya. Apabila dia membesar sebagai kanak-kanak dia sering jatuh dan bangun. Walaupun luka, sakit dan geram, dia berusaha lagi untuk berjalan. Akhirnya dia benar-benar boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Apakah masalahnya telah selesai? Tidak. Tatkala dia telah pandai berjalan, di situlah bermulanya pelbagai lagi masalah dalam hidupnya. Dia mengorak langkah mahu membina kehidupan, tapi langkah-langkah yang sumbang menyebabkan dia ditimpa petaka. Sehinggalah nafasnya yang terakhir, dia menghadapi masalah untuk menyudahkannya.

Lalu, ‘kehidupan’ selepas itu juga tidak menentu. Jika baik amalannya semasa hidup di dunia, dia bakal menikmati kebaikan di alam sana, jika sebaliknya dia menderita sepanjang masa tanpa penghujung.

Sama ada nikmat atau tidak hidup di dunia, kesudahannya serupa. Yang nikmat jika tidak pandai mensyukuri bakal menjadi petaka di neraka; derita jika tahu menilainya menjadi ibadah lalu bertukar menjadi nikmat di syurga.

Tidak ada manusia yang dilimpahi nikmat sepanjang masa. Ada kalanya menderita juga. Tidak ada manusia yang menderita sepanjang masa. Ada kalanya bahagia juga. Yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu melihat apa yang dikatakan derita dan apa yang dikatakan bahagia. Yang membezakan adalah persepsinya serta dari sudut apa dia melihatnya. Yang membezakan adalah pegangan apa yang dianutinya.


SALAM MAULIDUR RASUL. SELAMAT HARI JUMAAT. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU :)




24 February 2010

● missing ●



LOVES!!

19 February 2010

● janji miftahul raudhah ●


"Mak, yuyu nok beli novel ni", kata adikku yang berusia 14 tahun.


Lantas mak bertanya, "Novel apa ni? Yuyu baca dok novel gini?"

Saya tengok sekilas pandang novel yang dipegang oleh Yuyu. Dalam hati terdetik.

"Macam pernah nampak novel ini".

Terus saya mengambil novel itu dari pegangan Yuyu. Saya jadi makin teruja. Inilah novel yang dicari-cari selama ini. Ejah, walaupun terlambat, tetapi saya sudah memiliki your first novel dan saya habiskan membacanya dalam masa satu hari. Non-stop :)


Miftahul Raudhah bermaksud kunci taman syurga. Saya tertarik dengan ayat-ayat di dalam novel ini. Aturan ayatnya yang kemas dan 'luar biasa'. Novel ini mengisahkan Miftahul Raudhah yang ingin mengotakan janjinya kepada kakaknya, Jannah. Terdapat juga konflik Miftahul Raudhah di alam persekolahannya.

Ejah, novel ini mengingatkan saya tentang satu perkataan yang kadang-kadang susah untuk ditepati iaitu JANJI. "Sekalipun janji tidak lagi ditagih, mengatakannya satu kemestian".

Untuk renungan kita bersama...

"Cintailah sesiapa pun, ibu, ayah, cikgu, kawan-kawan, sesiapa saja. Tapi pantakkannya pada kecintaan Ilahi. Maka cinta itu akan jadi berhikmah buat orang yang dicintai".

"Setiap kesukaran itu ada kemudahan".

"A friend in deen, is a friend indeed and a friend in need".

Untuk Ejah, saya sentiasa menyokong anda dari jauh. Teruskan bidang penulisan anda. Saya tahu anda memang berbakat dalam bidang ini. Wish you all the best - from your best friend, Naa.

notakaki : ketika membaca novel ini, mengingatkan saya di alam persekolahan. rindunya kat sekolah!! :)


LOVES!!




18 February 2010

● pokok semalu ●

anda kenal dengan pokok semalu? mesti kenal kan? masa kecik2 dulu, pantang nampak pokok semalu, mesti nak 'pijak2' je pokok ni.

jangan salah paham ye. saya bukan perosak tumbuhan nak pijak2 pokok ni. hehe. maksud 'pijak' di sini ialah nak sentuh daun pokok semalu. saje nak kasi gimik ;)

kalo anda kenal pokok semalu mesti anda tahu yang pokok ini sensitif dengan sentuhan. daun pokok akan kuncup bila disentuh. tak percaya? cubalah sapa2 yang tak pernah buat. hehe. tapi, ada ke yang tak pernah sentuh pokok semalu?? kepelikkan di situ.



ada kisah di sebalik pokok semalu. saya pernah dengar kisah ini. sesuai untuk kaum perempuan. ini kisahnya...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

2. Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

4. Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Kawan-kawanku, sama-samalah kita ambil pengajaran dari pokok semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


LOVES!!




17 February 2010

● saya tak pandai melukis ●


semalam ketika tengah asyik upload gambar di facebook,

dia tekun melihat buka notaku.

pada mulanya, buat tak tahu jer.
kedengaran bunyi helaian kertas.
dia asyik membelek helaian demi helaian.
pelik.memang pelik.

apa agaknya yang dicari dalam buku tersebut.

seketika, dia diam.

okey.malas nak ambik tahu dia buat apa.

sebab ketika itu tengah 'melawan' komen gambar dengan sopi comel dan arbi gorges ;)

dan

tiba-tiba dia letak ni depan laptop.

inilah hasilnya.rupanya dia melukis dalam buku notaku :)

then, my turn plak melukis.
kemudian, bandingkan.hehe
dan semestinya lukisan kami berbeza!! ;p


lukisan mana lebih cantik?hehe.lukisanku buruk



ini dia :)
.thanks.

LOVES!!


notakaki: tanya dia kenapa mesti lukis orang berbaju cheongsam?katanya sebab sekarang Chinese New Year :D




● past is about the past ●


"the past is always going to be deep inside our souls.you can’t run from it, you can’t hide from it.you just have to accept it and remember that you can’t bring the good memories back, but when you’re having one of those days, you can sit back and reminisce on the times you had and the feelings they brought"


let the past be the past.make the past be your memories.
sometimes the past will make you smile.
sometimes the past will make you cry.
sometimes the past will make you angry.
sometimes the past will make you scare.
sometimes the past will make you feel bad.
sometimes the past will make you hate someone.
sometimes the past will show your the truth.
sometime the past will teach you to be more strong.
and yes!!
I LOVE THE PAST!!
never regret what happened in my past.


now,
listening to bad romance ;)


LOVES!!




16 February 2010

● february babies●

february babies
arbi gorges. lia luminos. sopi comel

first 'baby' yang gorges!!
ARBI
3 februari

asalnya memang tak tahu besday arbi 3 feb.kepelikan makin menjadi2 bila tengok facebook dia penuh orang wish 'HAPPY BIRTHDAY'.tanya nadia tak tau.tanya mai tak tahu jugak.hurm, dengan slumbernya wish kat facebook arbi.akhirnya, dia reply that comment.haha.so, betul la birthday norarbizatul laila!!rupanya dia tak display dia punya DOB kat facebook.apa lagi, terus menyebarkan virus '3feb arbi' kat kawan2.hehe.

serious cantik cupcakes yang kak lynn buat. sedap pun sedap.hehe.last minute order.nasib baik dapat.huhu.arbi excited and speechless.kenapakah??haha.


9 februari
lia luminos aka dot dot afiq boom :P

happy birthday lia!!hehe.plan dari awal sampai akhir dirancang oleh afiq boom.that day, kempunan nak celebrate kat McD.huhu.mana taknya, penuh giler orang kat sana.bukan penuh yang makan, tapi penuh yang study kat sana.hampeh betul.huhu.so, 'Kerang Amer' menjadi pilihan.amat tak puas hati dengan servis kedai itu.huhu.sila perbaiki servis anda ye.hehe.

kek yang lia dapat amat special coz boom yang tempah.haha.lia, afiq bagi hadiah apa???? :P


15 februari
sopi comel
opss..
comel lagi ke dah masuk 21 tahun dah :P

semalam di kuantan,teringat sesuatu.macam ada birthday seseorang.iye.memang tahu birthday dia.tapi,tak tak wish lagi.sebab tak sure.hehe.first time kot nak wish birthday kat dia.haha.balik umah, tengok facebook memang betul.tapi, masih tak wish lagi.konon2nya nak jadi orang last wish.hehe.sebelum pukul 12 tadi dah hantar mesej birthday.pukul 2 pagi lebih baru delivered mesej.kenapakah?dapat tak jadi orang last nih?haha.

HAPPY BIRTHDAY sopi.jangan nakal-nakal.umur dah 21 tahun dah :)


Happy birthday and the sweetest February.
Once a year I get the chance.
To wish you birthday cheer.
It pleases me no end to say,
I wish you another great year.
HAPPY BIRTHDAY TO ARBI, LIA AND SOPI.





12 February 2010

● happy friday-happy holiday ●


"Anyone can easily walk away from somebody else. Nobody is forced to stay, we all have choices. But the real test is if someone would rather stay with you, even though walking away would be so much easier"


happy friday readers!!
mid term break dah start.ringan sekejap 'beban' seorang student.
dah namanya cuti, mesti banyak planning untuk bersuka-ria.
I LIKE!! :D

tapi
TAPI
after mid term, banyak keje yang menanti.
proposal, micro teaching, research paper, presentation, poster
huh...so many works to do :(

oh..before i forget..
congrats to MOHD HAZWAN HAMIDUN
selamat menjalankan tanggungjawab anda :D

and
HAPPY HOLIDAYS to all.
enjoy and 'appreciate' your holiday ;P
to my chinese friends
GONG XI FA CAI :)

LOVES!!




10 February 2010

●life●



hargailah hidup kita
adatlah sebuah kehidupan ada perasaan
sedih, gembira, benci, sakit hati, sunyi
kitalah yang mencorak semuanya
dan
sekali gagal tak bermakna selamanya gagal
jadikan itu pengalaman dan inspirasi untuk mencipta kejayaan


LOVES!!





06 February 2010

● rambling-rambling ●

hello readers.
happy weekend to all.
i love saturday. i love sunday. i love weekend :D
it's one week left to be here!
i can't wait for my mid term break. yeayy!!

i think that my assignments are gonna be sky high -.-
many works to do.
although i just took 4 subjects in this semester
but, i have tons of assignments!
my research paper, micro teaching, my proposal. haihh~
tension with my assignments? not yet!!


but,
i really do tension with my college.
no water. AGAIN AND AGAIN!!!
what's the problem?? no notice from the other side.
sometimes i felt disappointed what happened to us. huhu
no more PATIENCE for this problem.
every week no water. huh~
can i move to another college next semester??

i lepaked with them last night.
although i'm not good in bowling
but,
i still had fun and enjoyed with them.
thanks guys :D

and now,
this weekend
my time to be more FOCUS.
i really do.


LOVES!!




04 February 2010

● one word only ●


The only rule is to answer the questions with just one word.

Your Cell Phone? N73
Your Hair? Secret
Your Mother? Loving
Your Father? Amazing
Your Favorite Food? Tomyam
Your Dream Last Night? Home!!
Your Favorite Drink? Tea
Your Dream/Goal? Happiness
What Room Are You In? KKM
Your Hobby? Blogging
Your Fear? Bugs
Where Do You See Yourself In Six Years? School
Where Were You Last Night? Room
Something That You Aren’t? Dishonest
Muffins? Chocolate
Wish List Item? Lots
Where Did You Grow Up? Hometown
Last Thing You Did? Tutorial
What Are You Wearing? T-shirt
Your TV? Off
Your Pets? Dunno
Friends? Awesome!!!
Your Life? Blessed
Your Mood? Happy
Missing Someone? Sometimes
Vehicle? CBB
Something You Aren’t Wearing? Socks
Your Favorite Store? Bags
Your Favorite Color? Brown
When Was The Last Time You Laughed? Hour
Last Time You Cried? Months
Your Best Friend? Many
One Place You Go To Over And Over Again? McD
Facebook? Yup!
Favorite Place To Eat? Home


p/s : amer,sopi,afiq,mai,ida,arbi,perdos,epul,flora,ikin,zulhilmi,abg shidi,wahidah and sape2 ade blog. SILA JAWAB if korang FREE. tq :D


LOVES!




03 February 2010

● kehidupan ●


salam. bace cerita ni. best. ade maksud yang mendalam :D

Plato bertanya akan cinta dan kehidupan.

Suatu hari, Plato bertanya pada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya menemukannya? Gurunya menjawab, “Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, artinya kamu telah menemukan cinta” .

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?” Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja,dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik)”. Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwa ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya”

Gurunya kemudian menjawab "Jadi ya itulah cinta”

Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya,”Apa itu perkawinan? Bagaimana saya bisa menemukannya?”

Gurunya pun menjawab “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan”

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?” Plato pun menjawab, “sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk-buruk amat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya”

Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan ya itulah perkawinan”

NOTE

Cinta itu semakin dicari, maka semakin tidak ditemukan. Cinta adanya di dalam lubuk hati, ketika dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih. Ketika pengharapan dan keinginan yang berlebih akan cinta, maka yang didapat adalah kehampaan. tiada sesuatupun yang di dapat, dan tidak dapat dimundurkan kembali. Waktu dan masa tidak dapat diputar mundur. Terimalah cinta apa adanya.

Pernikahan adalah kelanjutan dari Cinta. Adalah proses mendapatkan kesempatan, ketika kita mencari yang terbaik diantara pilihan yang ada, maka akan mengurangi kesempatan untuk mendapatkannya, Ketika kesempurnaan ingin kita dapatkan, maka sia2lah waktumu dalam mendapatkan pernikahan itu, karena, sebenarnya kesempurnaan itu hampa adanya.





02 February 2010

● short and forget ●


she asked me

why is love so short and forgetting so long?

.
.
.

and this is for you



to her

please stop waiting
and
please move on :D


LOVES





01 February 2010

● cinta perlu sebab? ●

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang tak boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu, ia boleh dirasai dalam hati."


sumber: ymsagasama



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...