10 December 2009

● ketemu dan berpisah●


" Adanya perpisahan

Kerana adanya pertemuan "

Jadi yang mana perlu disalahkan antara pertemuan dengan perpisahan?

Tiada pertemuan maka tiada juga perpisahan. Tapi dalam kehidupan, kita tidak boleh lari daripada pertemuan dan perpisahan kerana ianya adalah lumrah kehidupan yang bermula sejak kita lahir dimuka bumi ini lagi.

Pertemuan itu adakalanya membahagiakan. Ini kerana kebanyakan sesuatu pertemuan bermula dengan kegembiraan. Namun, adakalanya kita menyesali mengapa terjadinya sesuatu pertemuan. Kerana pertemuan itu hadir dengan perpisahan. Biarpun kita tidak minta kehadirannya.

Tapi, adakalanya perpisahan itu membuatkan hati kita bahagia kerana ia membuatkan jiwa yang sering dilukai berakhir jua saatnya. Seolah-olah perpisahan itu bakal memberi kegembiraan kepadanya.

Pertemuan dan perpisahan mempunyai hikmahnya tersendiri. Dan sebagai insan biasa, kita harus redha kepadaNya. Dan kita harus bersedia untuk terus menanti sebuah pertemuan lagi. Biarpun penantian itu adalah satu penyiksaan.




1 comment:

  1. first thing,
    setiap pertemuan itu disusuli dgn perpisahan...tanpa perpisahan,kemungkinan kita tidak akan berjumpa..kadang² pertemuan itu sgt bermakna dlm hidup kita..ia lebih manis dari perpisahana...tp,kadang² perpisahan itu sgt melukakan dari kemanisan pertemuan...kerana perpisahan itu sgt menyakitkan..bkn senang kita nak melepaskan satu "pertemuan"...

    secong thing,
    setiap perpisahan akan disusuli kedang pertemuan baru(gantian)...tp,tak semua penggantian itu sebahagia pertemuan td...tp percayalah,ada hikmah utk itu..kemungkinan itulah utk kita seadanya...

    kadang²,setiap perpisahan itu akan bertemu kembali...berharaplah selagi mana hati mampu berharap...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...