29 November 2009

● lori sampah ●


semalam
nampak dia
menjalankan tugas seperti biasa

semua orang cuba menjauhkan diri darinya

ada yang menutup hidung

ada yang memandang serong
ada yang seolah2 jijik dengannya

mereka tak suke dia

sangat tak suke!

kerana dia suke mengeluarkan bau yang macam2
itulah dia lori sampah....


ketika itu aku sedang dalam kereta
menunggu giliran lampu hijau

terpikir sejenak situasi itu

aku asyik memandang mereka
yang setia dengan lori sampah


mereka tekun melakukan tugas mereka

tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang di situ

terus mengutip sampah dan terus mengutip

mereka tidak akan meninggalkan walau satu sampah pun

mereka seolah2 tidak kisah

orang yang memandang serong tugas mereka

bau sampah yang amat "perit"
dijangkiti kuman ekoran pelbagai jenis sampah di situ


masih ingat lagi sewaktu di alam persekolahan

setiap pagi jumaat

bila dengar bunyi lori sampah di belakang rumah
aku terus mengutip semua plastik hitam yang dipenuhi sampah
untuk diletakkan di belakang rumah

menunggu lori sampah itu datang


teringat kat seorang pak cik tu bertanya

"ada lagi tak sampah?"

"ada lagi. leh tunggu jap? adik tengah ambik kat bilik atas"
mereka tunggu. lori sampah pun tunggu jugak.

sangat baik. mesra kan?

mereka ikhlas melakukan tugas mereka

secara tak langsung
mereka sebenarnya

berbakti kepada masyarakat

tapi

bagaimana penerimaan masyarakat kepada mereka??
tepuk dada tanya selera

jangan memandang serong terhadap seseorang
kerana berlainan darjat dan pangkat
kita hidup bermasyarakat
saling memerlukan

perlu menghormati antara satu sama lain

sekian :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...