29 November 2009

● cinta minat kagum ●


Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika anda membenci seseorang, janganlah anda terlalu membenci, kelak anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.

Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, anda akan terpegun dengan kata-katanya, anda menyintai sesuatu anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi, buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.

Bersederhanalah dalam menyukai, menyintai dan mengagumi. Kelak anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, ketika anda membuat keputusan dan ketika menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.

Jika anda terlalu mengharap, anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.

Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.


.moga anda sentiasa bahagia hendaknya.




2 comments:

  1. satu kegagalan tersembunyi seribu satu pengajaran dan hikmah disebaliknya...insyaAllah.. :)

    -BFF-

    ReplyDelete
  2. Sabda baginda,"jgn terlalu menyayangi seseorang..kerana kamu akan terlalu membenci nye kelak...dan jgn kamu terlalu membenci seseorang..kerana kamu akan terlalu menyayangi nye kelak..."

    renung² kan...
    sgt dlm maksudnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...