07 February 2009

cekap ke korang???!!


Jom lihat betapa cekapnya korang!!

Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Korang perlu menjawab dengan pantas. Korang tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya dengan segera. Okeyyy???

Mari cuba, lihat sendiri betapa pantas dan hebatnya diri korangg.....Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama: Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

MySpace

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua: Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)

MySpace

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir? Adakah anda begitu pantas dan cerdik???



Soalan Ketiga: Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja. Jangan guna kertas dan pensil atau kalkulator. Cubalah...Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000. Campur lagi 20... Campur lagi 1000. Campur lagi 10... Berapakah jumlah semua? Lihat bawah untuk jawapan....

Adakah jawapan anda 5000 ?

MySpace

Jawapan sebenar adalah 4100. Jika anda tak percaya gunakan kalkulator! Mungkin ini bukan hari anda kan? Hahahaa...Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ...Cuba lagi...

Soalan keempat: Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis...1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?


Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus: Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia berjaya membeli berus gigi itu. Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?


Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati...Mudah sahaja kan..

heheee......cekap ke korang???!!!
MySpaceMySpace

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...