31 December 2009

●31december2009 ●

goodbye 2009

many bloggers wrote their wonderful 'conclusion' about 2009.
how about me?
huh...i'm not interested to do that.
i know its a fun thing to go through new years.
let the past (2009) become my history and beautiful moments :D

(credit to diane for this daffodils doodles. i like)


welcome 2010

favorite question : "apa azam tahun baru?"
for sure i hope 2010 is better than last years.
and try to make my life more worth the living.

Happy New Year!!
May 2010 brings out the best of us.


---> can't wait for this 2nd january 2010 :)




29 December 2009

● perempuan mesti pandai masak, lelaki boleh ke jadi imam ●

Salam...

"Bertengkar" seketika pasal jantina dengan seorang kawan. Dia begitu asyik merungut tentang perempuan yang tak pandai masak, suka bershopping, berleter, menangis dan sebagainya. Setelah dia berhenti dengan rungutannya, saya terus bertanyakan "awak boleh jadi imam tak?". Terus dia diam. Haha. Mulutnya tertutup rapat. Tidak lagi mendengar rungutan darinya. Akhirnya, dia menjawab "tak terpikir plak macam tu".

Bagi saya, perempuan bukannya tak boleh masak. Tapi keadaan mereka yang seolah-olah 'menghalang' dirinya untuk belajar memasak.

Cuba baca ini dan renungkanlah.

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita kata okay saja???

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. '

'Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!






25 December 2009

● rambling ●

salam.
i havent been blogging these past few days.
but, i have been checking up on my fav blogs :)

friends..
i just realized how close it is to the end of 2009
.
the sad times and the fun times.
up and down.
loved and lost.
the past is never dead.
because it will become the memories.
we dont remember days but we remember the moments.

so, welcome 2010!!
lets make our wishes for this new year.
yipiiieee!!

someone ask me what is L.O.V.E??

love to me...
is the endless support from my ayahanda.
is the love and care from my bonda.
is the laughter of happiness from my kiddiewinks.
I LOVE THEM VERY MUCH!!

can i answer like that?

lastly,

reading to : if you could see me now by cecelia ahern
listening to : separuh jiwaku pergi by anang





18 December 2009

● goodbyehello ;) ●


----> salam maal hijrah 1431

semester break dah nak sampai penghujungnya
result sudah diketahui
alhamdulillah
so
goodbye terengganu

hello ukm, bangi



12 December 2009

● thanks ●


"i believe in karma.
once you done something bad to people, there will be the divine action.
life doesn't end yet. walk with the tough heart!

you are someone tough.
you can walk through in any hard time. even it feels so devil."


always bear in your mind.
ujian itu tarbiah dari langit. tanda Allah sentiasa ingat dengan kita.
mungkin kita ada buat silap. Allah ampunkan dengan ujian.
its not only about the lesson from Allah, but the love from Him.
dan orang yang sabar dengan ujian Allah, namanya disebut-sebut oleh penduduk langit.
anda bertuah sebab Allah rindu dengan anda, sayangkan anda.
Dia uji minta anda ingat pada Dia.
manusia tak akan merintih tapi akan menghargai ujian jika dia sedar itu semua.

.thanks ejah.





10 December 2009

● blogging ●


Friends, I love blogging. So, what?? It is wrong when people like blogging?? I know that there are some people who hate this blogging thingy. Maybe they think that telling people about
your feeling, what you did, posting the pictures or whatever, it is such a waste of time. Huh! It's depends what the bloggers want to share and what you will get when you read the blog. Think about it.

Friends, different people have their own opinions. So, please respect those opinions. I hate when someone told me "Apesal buat blog? Buang masa je cerita benda2 yang tak berfaedah".

Hurm, it's okay when you said like that. Maybe you don't understand the whole world of blogging. It's optional and no one force you to be a blogger or blog reader. And thanks to you because still read my blog although you hate the blogging very much.

Try to be positive in the blogging world and you will get benefits from it.
Trust me :)







● ketemu dan berpisah●


" Adanya perpisahan

Kerana adanya pertemuan "

Jadi yang mana perlu disalahkan antara pertemuan dengan perpisahan?

Tiada pertemuan maka tiada juga perpisahan. Tapi dalam kehidupan, kita tidak boleh lari daripada pertemuan dan perpisahan kerana ianya adalah lumrah kehidupan yang bermula sejak kita lahir dimuka bumi ini lagi.

Pertemuan itu adakalanya membahagiakan. Ini kerana kebanyakan sesuatu pertemuan bermula dengan kegembiraan. Namun, adakalanya kita menyesali mengapa terjadinya sesuatu pertemuan. Kerana pertemuan itu hadir dengan perpisahan. Biarpun kita tidak minta kehadirannya.

Tapi, adakalanya perpisahan itu membuatkan hati kita bahagia kerana ia membuatkan jiwa yang sering dilukai berakhir jua saatnya. Seolah-olah perpisahan itu bakal memberi kegembiraan kepadanya.

Pertemuan dan perpisahan mempunyai hikmahnya tersendiri. Dan sebagai insan biasa, kita harus redha kepadaNya. Dan kita harus bersedia untuk terus menanti sebuah pertemuan lagi. Biarpun penantian itu adalah satu penyiksaan.




09 December 2009

● hidup ini ●


suatu ketika
ku lihat dia gembira
meraikan kebahagiaan dalam hidupnya

tapi
di suatu sudut yang sunyi
dia mengalirkan air mata tanpa henti




untukmu
kuatkan semangat
hidup kita akan sentiasa dihiasi dengan
kegembiraan, kesedihan, kebencian dan sebagainya
kerana
kitalah yang akan mencorak segalanya





04 December 2009

● every day ●


think about it...



30 November 2009

● pisang oh pisang ●


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg yang berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan tersebut.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh perasaan benci daripada membebani hidup.

" Kemaafan adalah yang terbaik "
.menyayangi lebih baik daripada membenci
.




29 November 2009

● cinta minat kagum ●


Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika anda membenci seseorang, janganlah anda terlalu membenci, kelak anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.

Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, anda akan terpegun dengan kata-katanya, anda menyintai sesuatu anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi, buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.

Bersederhanalah dalam menyukai, menyintai dan mengagumi. Kelak anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, ketika anda membuat keputusan dan ketika menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.

Jika anda terlalu mengharap, anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.

Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.


.moga anda sentiasa bahagia hendaknya.




● Minda Anda ●

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.



● lori sampah ●


semalam
nampak dia
menjalankan tugas seperti biasa

semua orang cuba menjauhkan diri darinya

ada yang menutup hidung

ada yang memandang serong
ada yang seolah2 jijik dengannya

mereka tak suke dia

sangat tak suke!

kerana dia suke mengeluarkan bau yang macam2
itulah dia lori sampah....


ketika itu aku sedang dalam kereta
menunggu giliran lampu hijau

terpikir sejenak situasi itu

aku asyik memandang mereka
yang setia dengan lori sampah


mereka tekun melakukan tugas mereka

tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang di situ

terus mengutip sampah dan terus mengutip

mereka tidak akan meninggalkan walau satu sampah pun

mereka seolah2 tidak kisah

orang yang memandang serong tugas mereka

bau sampah yang amat "perit"
dijangkiti kuman ekoran pelbagai jenis sampah di situ


masih ingat lagi sewaktu di alam persekolahan

setiap pagi jumaat

bila dengar bunyi lori sampah di belakang rumah
aku terus mengutip semua plastik hitam yang dipenuhi sampah
untuk diletakkan di belakang rumah

menunggu lori sampah itu datang


teringat kat seorang pak cik tu bertanya

"ada lagi tak sampah?"

"ada lagi. leh tunggu jap? adik tengah ambik kat bilik atas"
mereka tunggu. lori sampah pun tunggu jugak.

sangat baik. mesra kan?

mereka ikhlas melakukan tugas mereka

secara tak langsung
mereka sebenarnya

berbakti kepada masyarakat

tapi

bagaimana penerimaan masyarakat kepada mereka??
tepuk dada tanya selera

jangan memandang serong terhadap seseorang
kerana berlainan darjat dan pangkat
kita hidup bermasyarakat
saling memerlukan

perlu menghormati antara satu sama lain

sekian :)



22 November 2009

● 3 words ●


just three words to say
i miss them



20 November 2009

● facebook oh facebook ●

salam
entry kali ni about facebook
ohhh
lately, i was addicted to fb
why?
why?
because
tak smpai 1 week
i met more than 10 friends
my friends from primary school till secondary schools
yaayyyy!!
new friends pun ramai jugak
but
i was happy when i met my old friends through fb :)

facebook ni ade advantages n disadvantages
hurm
it depends on u how to benefit it
but, for me
facebook has more advantages

so sape2 yg xde fb tu
sign up la cepat2
dats all for this entry
daaa~




19 November 2009

● disiplin ●


"one discipline leads another discipline"

actually, discipline is very important in our life. kite dpt lihat ada sesetengah orang menggunakan perkataan disiplin as their motto : "success by discipline"

ok. lets talk about discipline. we can see discipline in many aspects. for me discipline is relate with the rules. for examples.....

disiplin dalam solat
without discipline how you can finish ur solat? the rule is important here and we must follow it. tanpa disiplin adakah anda boleh sempurnakan solat 5 kali sehari?

disiplin dalam waktu
this is very important aspect in our life!! pls be punctual with your time. many people anggap benda mcm ni remeh. kalo remeh kenapa kita masih menggunakan peribahasa "masa itu emas"? so, this show that discipline in time is very IMPORTANT.

discipline as a student
this aspect is very famous. bukan sahaja di sekolah tapi di universiti. kalo di sekolah students dikawal oleh cikgu. but, mcm mn ngan students di universiti? tak dikawal oleh sape2 pun, kan? so, kena disiplinkan diri sendiri la jawabnya.

discipline in driving
driving pun ade disiplin jugak ke? yeah..betul. kite kena tau rules yg perlu kita patuhi. so, peranan disiplin itu penting. but, i still can see many drivers are undisciplined when driving. sometimes include me. huh. how to be a discipline person if im still like that??

MyEm0.Com

we still learning. we still make many mistakes. actually from the mistakes teach us to be more stronger and become matured in our life. so, dun be scare if u make mistakes. just face it. try to solve it. and pls bear in your mind dun repeat ur mistakes.


p/s : that are my opinions about discipline. if u have ur own opinions, let share with me. u r most welcome :)




14 November 2009

● to my bff ●


A friend is someone who cares. Someone who is always there.

A friend is someone special. Someone who you can tell everything.

A friend is someone who will never betray you.

A friend is someone you can trust.

...................................................

You are there for me when i need you the most. You cheer me up when i am down. If i am about to cry u make me smile.

You listen to me and give me advice, advice that comes straight from the bottom of your precious heart.

Everyone should have a friend like you because you are so much fun to be with and you are such a good person.

to my best friend
thanks bcoz always with me

" walaupun senyuman itu plastik at least u understand it "





10 November 2009

● dah habis ●


alhamdulillah
dah setel sume papers



no more books
no more slides
no more studying
no more writing
no more reading
no more memorizing
no more thinking
lastly
no more final exam

sume tu just temporary jer
next sem jumpe lagi..hehe
just tawakal for the result
.happy holiday to all.
:)




09 November 2009

● money oh money ●




Money can buy a house,
but not a home
Money can buy a bed,
but not sleep
Money can buy a clock,
but not time
Money can buy a book,
but not knowledge
Money can buy food,
but not an appetite
Money can buy position,
but not respect
Money can buy blood,
but not life
Money can buy medicine,
but not health
Money can buy sex,
but not love
Money can buy insurance,
but not safety




08 November 2009

● cupcakes ●


these cupcakes are too cute!!!!!

entry kali ni ttg cupcakes
saye nak blaja buat cupcakes!!!
selama ni tahu makan jer
kali ni nk try buat smpai betul2 jadi CUPCAKES
i will~

cuti sem nnt nak try buat
hope tercapaila hajat tu
mak..help me, pls! :)

the very important thing
is
how to make a cupcake?
huhuuu
skrg ni pun tgh surf blog n web yg story psl cupcakes
tengok mcm senang jer nak buat
sape2 yg tahu buat tu share la wit me ;)
amatla dialu2kan
haha..obsess giler kt cupcakes skrg nie~
MyEm0.Com

tiba2 terpikir pe beza cupcakes ngn muffins?





07 November 2009

● sweet couple ●

video

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window
I can see
Our wildest dreams could be so real

CONNECT.COMMUNICATE.COLLABORATE
CONNECTIONS MAKE ANYTHING POSSIBLE

yeahh...thats true
suke tengok iklan ni
sweeeeeeet sangattttt
suke2 ;))




06 November 2009

● through my window ●


salam jumaat semua :)

stakat ni jer yg "terajin" edit blog
cukuplah dulu buat mase ni
time edit blog semalam, duk terpikir something
knp edit blog?b4 dis x okey ke?
hurmm...
secara kesimpulannya

we need changes in our life
yeahhhh!!!
dats true
perubahan tu kite yg sendiri buat
but make sure la berubah ke arah yg TERBAEK!!!

jom layan lagu bunkface
♥ THROUGH MY WINDOW ♥
kalo korang perasan
lagu ni jd lagu tema iklan streamyx
if u want download this song, klik pic bwh nie...
layannnnnnnnn~






● new face ●


salam
bile bosan menjelma
inilah hasilnya
new face for my blog
but
still xpuas hati lagi
nanti2 la kalo der masa
akan edit lagi

MyEm0.Com




31 October 2009

success


success doesn't come to you

you go to it




pesan adek comel


seorang budak lelaki yg tgh berusaha meluruskan rambut kerintingnya
menyampaikan pesanan ni...

dia : kak leena jangan malas.belilah susu dutch lady satu karton.senang minum.

saya : malas nak beli jugak!!

dia : adeiii..

saya : (senyum jer)

dia : kak leena kena gemok mcm saye.pas mkn cuba tido.haa..mst gemok nyer.mungkin boroi terus.hahaha

saya : susahla nak naik berat badan ni.igt senang ke.makan dah banyak.

dia : makan je x cukup.men FB ke.tido terus ke.haa..lagi best makan 3 pinggan.pastu terus mandi.mujarab tu.hehe

saya : (mujarab ke tips si comel ni??konpius2)


MyEm0.Com


thanks...



30 October 2009

remember this!


there's no hard work will goes unpaid

:))



pesan mak



mak : makan banyak skek.mak nampak makin kurus jer.

na : dh mkn banyak dah.tp, badan cmnie jugak.nak wat cmne.

mak : mkn la roti..minum susu.jgn malas buat air susu.

na : baek.


i want gain my weight!!!
tp, so hard.
huh....



28 October 2009

miss!!miss!!


..kerinduan..




24 October 2009

exam

When things go wrong
When sadness fills ur heart
When tears flow in ur eyes
Always remember 3 things
Allah, ur parents & my best wishes
.Best of Luck.

sekarang ni maybe der yg tgh tensen ngn exam
huh
take it easy k ;)
jgn tensen2
study smart

insya Allah everythings will be fine

friends
all da best in your final exam
sentiasala berdoa kpd Allah
supaya dpt membantu kite nnt
tapi
tanpa usaha kite xkan berjaya
so with doa+usaha+rajin
insya Allah
we will be success

;))




23 October 2009

personaliti anda

Pilih corak di atas yang menggambarkan anda secara tepat/paling hampir.

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut.Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.

Jawapan:

Dah pilih?Kalau boleh janganlah mengelat ye.Pilih dulu baru baca review tau.(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)

1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain.Anda bencikan kedangkalan,anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh.Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif,ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik.Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang dan anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda inginkan kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, desakan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko2 tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda. Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trend fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda. Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari semasa ke semasa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat yang permai. Namun, anda bukan penyendiri Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali." Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru, anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup. Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian. Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.



22 October 2009

ohh math!!

selama ni asyik study paper yg perlukan pembacaan.
but,
dis sem bcoz of paper testing n evaluation
buat diri ini perlu study math.
uhhh.....


mase sekolah dulu selalu jugak score paper math.
but, now
dah lame xblaja math.
bleh plak lupe.
mcm zero!!
ohh...tidak!!
rindu matematik~




eyes vs heart

you can close your eyes to the things you do not want to see
but
u can't close your heart to the things you do not want to feel




20 October 2009

;)


kerana sebuah keikhlasan
membuatku
kembali tenang

syukur alhamdullilah
;))






kecewa!!


hasleena sangat kecewa!!!


;(







19 October 2009

we got the best performance!!!!

salam sume
firstly, congrats to all teslians bcoz
we got the best performance for our choral speaking
"The Raven"

this is one of our assignment for
selected literary works
from the poem "the raven" we present it in choral speaking
what i can say this poem very very long...so hard to memorize it
huh!!
but...today we done it very well..
congrats!!~

before performance
thanks to fiza, asiah n ika for the make up
i like it ;)

daffodils
love dis pics!!
.:best friends forever:.

quoth the raven
NEVERMORE!!!!!!!!!!!

with our tutor - dr affendi
thanks to dr noraini for the blackforest cake ;)
also
thanks to all teslians for participating very well
;)




truly deeply

"i don't wish to be everything to everyone
i would like to be something to someone"

but
its so hard to be something to someone


so, just be yourself
ignore what people said
try to be kind to all people
and pls! pls! pls!
dun ask back what u will get from your kindness




open house - last!!

bertemu kembali
utk journey open houses
yg ni LAST!!
no more open house ;)

1st house : sopi COMEL~

mereka2 inilah yg memeriahkan plus mengecohkan keadaan
lame giler lepak sane
smpai maghrib
bukan beraya namanye ni, kan?
;))

nasi lemak yg SOPI buat BEST!!
hahaha ;P
thanks for the foods
;)

next house umah ARBI xoxo
huh...agak jauh jugak
KLANG
xpe...best pe dpt jalan2...hehe
smpai umah arbi dgn muka bangun tido sumenya
terus MAKAN
lapar balik kot ;)

thanks atas layanan mesra arbi n sekeluarga
makanan pun best,dpt wat balik buah rambutan dari kebun ARBI
heheheeee

last open house
umah KAK FARAH n KAK SARAH
diorg very sporting..hehe
melayan kerenah kitorg terutamanya
kerenah wan, afiq n sopi
;))

thanks to all bcoz invite kitorg pegi umah korg
and, sorie 4 everythings
e.n.d


18 October 2009

thinking

i've learned that
people will forget what you said
people will forget what you did
but
people will never forget how you make them feel

thanks for the memories ;))



16 October 2009

morning!!!

MORNING SUME!!~

;))
first time posted said morning
selama ni xpernah pun
semangat betul pagi ni coz i have 2 things todeiiiii

1st : submit assignment sports
2nd : my family come to bangi


i will get CBB back
gud bye TAS
daa~


p/s : will post open house part 3..last punye!! ;)


15 October 2009

open houses - part 2

salam sume..
story open house kali ni dari
ukm->port dickson->keramat
jauhhhhhhh

1st, went to wahida's house
kitorg smpai maghrib
amer n da' geng smpai dulu
diorg siap g pantai lagi
uhuu..

time ni mmg penat sgt2
coz baru lepas men futsal n organize handball
asalnya xnak pegi
tp nak xnak pegi jugak
ambik ms bersiap dlm ms 20 minit!!
mmg rush giler laa time tu
no baju kurung dat day
jaz jeans n kebaya pendek
still remember senget tanya
"laoshi, mn baju kurung kamu?"
;)))


pic ni kat umah afiq
lewat sgt2 smpai umah die
his mom very sporting ;))

thanks to wahida n afiq sekeluarga
;))

also thanks to wan yg snggup ganti drive dat day
ehehe...
kalo xde die, penatla saya ari tu
maklumla baru lepas bersukan...very tired~
tq!!



13 October 2009

open houses - part 1

salam
post kali ni about my "open houses journey"

date : 3 october 2009
day: saturday


1st : yana's house


agak susah nk jumpe umah yana nie..sbb kitorg xtengok betul2 no jalan
ngeh2 ;))

afiq n edah bersaing sape mkn plg banyak..sudah tentula...hehe..
rabbit itu sgt comel...mata pink!!~;))

2nd : rumah terbuka awal hijrah

pegi skejap jer..
jumpe en saidin, makan2, sembang2, snap pics then went to the next house
for ur information
awal hijrah--> pencetak rasmi pesta konvo 37

3rd : fana's house


xtau nak tulis pe..
biarla pics yg menceritakan segala2nya..
;))

thanks to
::yana, en saidin n fana
::


;)) vs ;((

salam sume

i'm ;)) bcoz
enough for the open houses
very happy n enjoyed cos dpt pg jln2 plus makan2
all the presentation dh setel except my choral speaking "The Raven"

but

i'm ;(( bcoz
its the time to focus my
ASSIGNMENTS AND REPORTS
also
study for my FINAL EXAM!!

wish me luck~

pic at sopi's house
daa~


09 October 2009

again!!huh..

salam
which one???
dis weekend der open house lagi
kira punye kira 4 open houses
waaaaa..
bile mase nak siap assignments nie..
nak cari journal lagi...report...
nsb baik sume presentation dh setel :)

2mrw morning der praktis choral speaking
adeiii..sempat ker nak berkejar ke open house tghari sok
alaa....xnak rush lagi mcm last week
penat weehhh...
;((

xpe..xpe..
pandai2la bahagi masa nnt
insya Allah everythings will be okey
smileeee :)

ohh yaa..
baru jer pas men bowling tadi
habis sume tournament for organization of sports
bestlaa...enjoy jer ngan all teslian
snap pics together
laugh together
support each other
suddenly i'm proud to be a teslian
;))



08 October 2009

its mine!!

salam
ini hasleena punye blog
so up to her la nak post ape pun
kp sesape yg berkenaan pls take note yaaa!!~

dis weekend der open house lagi
bukan satu tapi tiga!!
xtau dpt pegi ke tak
but
i will try
;))

esok last game for physical edu-organization of sports
BOWLING time!!
xsabar nak men..hehe

harap weekend kali ni dpt manfaat betul2
nak siapkan assignments yg berlambak2
hehe..semangat2!!~

ohh..yaa..
der kosmo! varsiti futsal kt ukm weekend ni
jemput dtg..haha ;P

lastly
very bored todeiiiii
waste my time mcm tu jer
hukhukhuk
wake up leena!!!

miss my cbb
daa~


lelaki yg ditarik ke neraka

salam...wanna share sumthing wit u ol especially to LELAKI

Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cubalah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.


Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??



eeiii!!+teslian

tension!!
line tenet very very very SLOW
time nak cari journal for my assignment
line tenet wat hal plak
adeeiiii
sabar jerlaa
;((

btw

td der "open house" for all teslian ukm
gala aidilfitri
best! fun! enjoyed it!
sume dak2 tesl der
from 1st year till final year
it was fun!!happening giler td!
mkn spageti
and
1st time mkn laksa sarawak
nyum3....bleh tahan jugak rasenya..bestttt!!

pic yg sempat kitorg snap
;))
thanks
salam lebaran


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...