Tuesday, December 29, 2009

● perempuan mesti pandai masak, lelaki boleh ke jadi imam ●

Salam...

"Bertengkar" seketika pasal jantina dengan seorang kawan. Dia begitu asyik merungut tentang perempuan yang tak pandai masak, suka bershopping, berleter, menangis dan sebagainya. Setelah dia berhenti dengan rungutannya, saya terus bertanyakan "awak boleh jadi imam tak?". Terus dia diam. Haha. Mulutnya tertutup rapat. Tidak lagi mendengar rungutan darinya. Akhirnya, dia menjawab "tak terpikir plak macam tu".

Bagi saya, perempuan bukannya tak boleh masak. Tapi keadaan mereka yang seolah-olah 'menghalang' dirinya untuk belajar memasak.

Cuba baca ini dan renungkanlah.

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita kata okay saja???

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. '

'Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!






Friday, December 25, 2009

● rambling ●

salam.
i havent been blogging these past few days.
but, i have been checking up on my fav blogs :)

friends..
i just realized how close it is to the end of 2009
.
the sad times and the fun times.
up and down.
loved and lost.
the past is never dead.
because it will become the memories.
we dont remember days but we remember the moments.

so, welcome 2010!!
lets make our wishes for this new year.
yipiiieee!!

someone ask me what is L.O.V.E??

love to me...
is the endless support from my ayahanda.
is the love and care from my bonda.
is the laughter of happiness from my kiddiewinks.
I LOVE THEM VERY MUCH!!

can i answer like that?

lastly,

reading to : if you could see me now by cecelia ahern
listening to : separuh jiwaku pergi by anang





Friday, December 18, 2009

● goodbyehello ;) ●


----> salam maal hijrah 1431

semester break dah nak sampai penghujungnya
result sudah diketahui
alhamdulillah
so
goodbye terengganu

hello ukm, bangi



Saturday, December 12, 2009

● thanks ●


"i believe in karma.
once you done something bad to people, there will be the divine action.
life doesn't end yet. walk with the tough heart!

you are someone tough.
you can walk through in any hard time. even it feels so devil."


always bear in your mind.
ujian itu tarbiah dari langit. tanda Allah sentiasa ingat dengan kita.
mungkin kita ada buat silap. Allah ampunkan dengan ujian.
its not only about the lesson from Allah, but the love from Him.
dan orang yang sabar dengan ujian Allah, namanya disebut-sebut oleh penduduk langit.
anda bertuah sebab Allah rindu dengan anda, sayangkan anda.
Dia uji minta anda ingat pada Dia.
manusia tak akan merintih tapi akan menghargai ujian jika dia sedar itu semua.

.thanks ejah.





Thursday, December 10, 2009

● blogging ●


Friends, I love blogging. So, what?? It is wrong when people like blogging?? I know that there are some people who hate this blogging thingy. Maybe they think that telling people about
your feeling, what you did, posting the pictures or whatever, it is such a waste of time. Huh! It's depends what the bloggers want to share and what you will get when you read the blog. Think about it.

Friends, different people have their own opinions. So, please respect those opinions. I hate when someone told me "Apesal buat blog? Buang masa je cerita benda2 yang tak berfaedah".

Hurm, it's okay when you said like that. Maybe you don't understand the whole world of blogging. It's optional and no one force you to be a blogger or blog reader. And thanks to you because still read my blog although you hate the blogging very much.

Try to be positive in the blogging world and you will get benefits from it.
Trust me :)







● ketemu dan berpisah●


" Adanya perpisahan

Kerana adanya pertemuan "

Jadi yang mana perlu disalahkan antara pertemuan dengan perpisahan?

Tiada pertemuan maka tiada juga perpisahan. Tapi dalam kehidupan, kita tidak boleh lari daripada pertemuan dan perpisahan kerana ianya adalah lumrah kehidupan yang bermula sejak kita lahir dimuka bumi ini lagi.

Pertemuan itu adakalanya membahagiakan. Ini kerana kebanyakan sesuatu pertemuan bermula dengan kegembiraan. Namun, adakalanya kita menyesali mengapa terjadinya sesuatu pertemuan. Kerana pertemuan itu hadir dengan perpisahan. Biarpun kita tidak minta kehadirannya.

Tapi, adakalanya perpisahan itu membuatkan hati kita bahagia kerana ia membuatkan jiwa yang sering dilukai berakhir jua saatnya. Seolah-olah perpisahan itu bakal memberi kegembiraan kepadanya.

Pertemuan dan perpisahan mempunyai hikmahnya tersendiri. Dan sebagai insan biasa, kita harus redha kepadaNya. Dan kita harus bersedia untuk terus menanti sebuah pertemuan lagi. Biarpun penantian itu adalah satu penyiksaan.




Wednesday, December 9, 2009

● hidup ini ●


suatu ketika
ku lihat dia gembira
meraikan kebahagiaan dalam hidupnya

tapi
di suatu sudut yang sunyi
dia mengalirkan air mata tanpa henti




untukmu
kuatkan semangat
hidup kita akan sentiasa dihiasi dengan
kegembiraan, kesedihan, kebencian dan sebagainya
kerana
kitalah yang akan mencorak segalanya





Friday, December 4, 2009

● every day ●


think about it...



Monday, November 30, 2009

● pisang oh pisang ●


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg yang berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan tersebut.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh perasaan benci daripada membebani hidup.

" Kemaafan adalah yang terbaik "
.menyayangi lebih baik daripada membenci
.




Sunday, November 29, 2009

● cinta minat kagum ●


Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika anda membenci seseorang, janganlah anda terlalu membenci, kelak anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.

Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, anda akan terpegun dengan kata-katanya, anda menyintai sesuatu anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi, buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.

Bersederhanalah dalam menyukai, menyintai dan mengagumi. Kelak anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, ketika anda membuat keputusan dan ketika menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.

Jika anda terlalu mengharap, anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.

Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.


.moga anda sentiasa bahagia hendaknya.




● Minda Anda ●

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.



● lori sampah ●


semalam
nampak dia
menjalankan tugas seperti biasa

semua orang cuba menjauhkan diri darinya

ada yang menutup hidung

ada yang memandang serong
ada yang seolah2 jijik dengannya

mereka tak suke dia

sangat tak suke!

kerana dia suke mengeluarkan bau yang macam2
itulah dia lori sampah....


ketika itu aku sedang dalam kereta
menunggu giliran lampu hijau

terpikir sejenak situasi itu

aku asyik memandang mereka
yang setia dengan lori sampah


mereka tekun melakukan tugas mereka

tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang di situ

terus mengutip sampah dan terus mengutip

mereka tidak akan meninggalkan walau satu sampah pun

mereka seolah2 tidak kisah

orang yang memandang serong tugas mereka

bau sampah yang amat "perit"
dijangkiti kuman ekoran pelbagai jenis sampah di situ


masih ingat lagi sewaktu di alam persekolahan

setiap pagi jumaat

bila dengar bunyi lori sampah di belakang rumah
aku terus mengutip semua plastik hitam yang dipenuhi sampah
untuk diletakkan di belakang rumah

menunggu lori sampah itu datang


teringat kat seorang pak cik tu bertanya

"ada lagi tak sampah?"

"ada lagi. leh tunggu jap? adik tengah ambik kat bilik atas"
mereka tunggu. lori sampah pun tunggu jugak.

sangat baik. mesra kan?

mereka ikhlas melakukan tugas mereka

secara tak langsung
mereka sebenarnya

berbakti kepada masyarakat

tapi

bagaimana penerimaan masyarakat kepada mereka??
tepuk dada tanya selera

jangan memandang serong terhadap seseorang
kerana berlainan darjat dan pangkat
kita hidup bermasyarakat
saling memerlukan

perlu menghormati antara satu sama lain

sekian :)



Related Posts with Thumbnails